10 Sebab Sebenar Buat Orang Membeli

Saya seorang yang taksub dengan copywriting, split testing, eksperimen teknik marketing terbaru.

Ada masa, saya dapat hasil yang dikehendaki, tapi kebanyakan masa, saya gagal. Saya anggap itu adalah sebahagian proses pembelajaran.

Ok, sebelum saya buat sesuatu marketing plan untuk satu-satu produk saya akan cuba memahami, kenapa orang nak beli produk tu.

Ini kerana, orang beli sesuatu perkara, mestilah bersebab……

Ada banyak sebab, tapi saya dapat simpulkan menjadi 10 sebab utama orang membeli.

1. Orang membeli untuk hilangkan rasa sakit

Orang membeli untuk hilangkan rasa sakit. Kalau anda sakit gigi, apa anda buat? Anda akan search kat google, “petua hilang sakit gigi”.

Bila tak berkesan, anda search pula, “petua moden hilang sakit gigi”, tak berkesan, anda pergi farmasi cari ubat sakit gigi.

Dah pakai pun tak berkesan, anda pergi klinik gigi.

Point yang saya nak sampaikan, bila kita sakit, kita akan cuba mencari penawar kepada kesakitan tu.

2. Orang membeli untuk merasai keseronokan

Keseronokan yang sebenar ialah, apabila kita masuk ke syurga dan bertemu dengan Allah.

Namun, sebagai manusia biasa yang mempunyai kelemahan dan nafsu, terkadang, kita pun nak merasai keseronokan duniawi yang sementara ni.

Makanan berharga RM100, beg tangan baru yang berharga RM1500, jam tangan mahal yang dipakai artis berharga RM50,000, kereta mewah, percutian mahal dan lain-lain

Terkadang, orang sanggup berhabis wang ringgit, untuk mencapai keseronokan. Contohnya, kerja setahun, tak ambil cuti, berjimat cermat kumpul duit, untuk percutian idaman sekeluarga.

Sebenarnya, 2 sebab ni je orang membeli.

Untuk hilang rasa sakit, atau untuk dapat rasa seronok.

Tapi untuk jadikan blog ni lebih panjang, saya listkan lagi 8 point, yang mana 8 point ni pun sebenarnya boleh diletakkan di bawah 2 point di atas.

3. Orang membeli bila dia mudah

Kita ambil contoh, beli gula-gula di stesyen minyak. Kita takdelah nak beli gula-gula tu pada awalnya, tapi, bila nampak gula-gula tu kat kaunter bayaran, tengok harga pun tak mahal sangat, kita pun ambil dan buat bayaran. Simple.

Saya pernah buat ebook, harga bawah RM10. Buat salespage yang simple, bagitau apa dia dapat, kemudian buat iklan. Dan orang membeli ebook tu !

Satu benda saya nak highlight, mudah tak semestinya murah !

Anda jual nasi lemak harga RM10 di pasar malam, mungkin takde orang beli.

Tapi, anda jual nasi lemak yang sama, harga RM15 di hotel 5 bintang, yang mana makanan lain semua berharga RM50 ke atas, mungkin akan ada orang beli !

Point dia, ialah mudah. Mesej kita sampaikan orang mudah faham.
Orang faham apa kita jual, apa dia akan dapat, berapa harga kena bayar.

4. Orang membeli sebab orang lain tak mampu beli

Macam tak logikkan. Biasanya orang macam ni kita boleh jumpa untuk kategori produk premium, collection dan hobby.

Ada orang sanggup keluar jutaan ringgit untuk memiliki lukisan yang satu-satunya di dunia.

Ada orang mengumpul jam, kereta yang limited edition.

Ada orang sanggup beratur panjang, untuk menjadi yang terawal memiliki smartphone mahal.

5. Orang beli bila barang tu tinggal sikit

Pernah tengok tak orang berebut-rebut nak beli?

Sebab apa tau, sebab dia risau barang tu akan habis dan dia rasa rugi kalau dia tak dapat, sebab tu dia beli.

Dalam bahasa inggeris dipanggil scarce.

6. Orang membeli kerana nostalgia

Orang lelaki dewasa, beli Hotwheel banyak-banyak, konon2 untuk anak lelaki, tetapi sebab sebenarnya nak “balas dendam” dulu masa kecil2 tak dapat beli

Contoh lain ialah, seperti masih lagi pakai sabun Dynamo sebab daripada kecil dulu, dia dah biasa pakai sabun tu. Bila nak tukar sabun lain, bau dia lain, so tak jadi tukar.

Contoh lain, saya sendiri, daripada anak pertama sampai anak ke-6, pakai Drypers. Dah biasa, nak kata sebab murah, banyak lagi jenama lain lebih murah. Kalau susu, Fernleaf atau Dutch Lady. Kalau selipar, Asadi. Kasut, BATA.

7. Orang membeli sebab dia boleh dapat sekarang

Anda survey harga handphone dekat Lazada, Shopee. Katakan handphone tu RM1000.

Memang nak beli dah, tunggu gaji je. Bila hari gaji, jalan-jalan di pasaraya, saja lalu depan kedai phone. Tengok phone anda nak beli ada kat situ, tapi harga dia RM1100.

Anda fikir-fikir, daripada beli online, kena tunggu 2,3 hari tapi kalau beli kat sini bayar extra RM100. Akhirnya, anda beli juga kat pasaraya tadi, walaupun kena bayar extra. Sebabnya, nak dapat sekarang.

Sebab tu, kalau anda buat promosi, bayar pagi, dapat tengah hari, memang laku keras lah produk anda tu nanti.

8. Orang membeli untuk mengatasi kerisauan mereka

Risau ada bakteria dalam mulut? Beli Listerine.

Risau dalam perut ada bakteria jahat? Beli vitagen. Nanti bakteria baik belasah bakteria jahat.

Risau nanti mati anak-anak susah? Beli insuran.

Risau tengah-tengah malam nak makan megi, tapi air panas tak masak lagi. Beli coway.

9. Orang membeli bila depa rasa tak sempat

Lagi seminggu lebih nak raya, bertalu-talu whatsapp pelanggan tanya satu soalan yang sama.

“Kalau saya beli hari ni, sempat tak dapat sebelum raya?”

Itu untuk bisnes produk fizikal yang saya handle.

Untuk bisnes produk digital, soalan yang lebih kurang sama bila hari terakhir saya buat launching.

“Tuan, saya nak bank in kelmarin, tapi mak mertua kucing saya sakit, tak sempat bank in, sempat lagi tak ni?”

Kesimpulannya, orang akan terkejar-kejar beli satu2 produk bila masa dah suntuk.

Cuba tengok expo raya. Bila yang paling ramai? Time awal2 ke time nak raya?

10. Orang membeli bila timbul rasa ingin tahu

“Betul ke, pakai losyen ni je boleh kurus?” Sambil berharap, dan sambil nak tahu betul ke tak, dia pun beli losyen “Sapu2 jadi kurus”.

Biasanya, benda ni terjadi untuk produk makanan.

Camnelah rasanya ais kepal milo tu. Ha… beratur panjang manusia beli ais kepal milo.

Camne rasanya Ice Milk Tea Boba, beratur panjang manusia beli.

Camne rasanya Kek Tembam Jepun Gedik-gedik…. ha, berduyun orang beli.

Kesimpulan

Kesimpulannya, nota-nota di atas, akan membantu anda menghasilkan copywriting yang power dan mantap.

Mungkin anda masukkan elemen misteri untuk timbulkan rasa ingin tahu.

Mungkin juga ada masukkan elemen, “time limited” atau “stock tinggal sikit”

Selamat mencuba.

99 Ayat Copywriting

Anda takde idea nak start tulis copywriting?

Boleh start dengan 99 Ayat Copywriting ni.

Ayat-ayat sempoi, anda isi tempat kosong. Siap 1 ayat. Lepas tu, anda gorenglah bagi sedap.

Contoh ayat

  • Anda pasti terkejut …
  • Ketahui bagaimana anda juga boleh …
  • Berita baik !
  • Anda tidak ada pilihan lain jika anda hendak …

Bagaimana nak guna?

Anda pasti terkejut …….

Anda pasti terkejut, kalau saya beritahu 9 per 10 daripada penduduk Malaysia, mempunyai risiko menjadi muflis !

Guna ayat ni, untuk tarik perhatian prospek anda.

Ketahui bagaimana anda juga boleh……

Memang mengejutkan fakta tersebut? Ketahui bagaimana anda juga boleh terselamat daripada risiko menjadi muflis sampai bila-bila.

Guna ayat ni, untuk bagitahu, anda ada penyelesaian untuk masalah diorang.

Berita baik!

Harga yang saya kenakan kepada pelanggan saya tahun lepas ialah RM4997 !

BERITA BAIK UNTUK ANDA!
Tahun ni, saya dah kaya, saya dah dapat beli rumah impian, dapat beli kereta idaman.. pendek kata, saya dah dapat apa yang saya nak di dunia ni. Jadi, saya tak perlu lagi duit banyak-banyak !

Untuk anda, RM97 sahaja ! Ia sebagai yuran komitmen untuk anda hadir ke ………

Gunakan ayat ni, untuk sampaikan sesuatu yang mengejutkan yang prospek anda mungkin tak jangka.

Anda tidak ada pilihan lain jika hendak….

Anda tidak ada pilihan lain jika hendak keluar daripada belenggu hutang ! Samada anda kekal hidup dalam keadaan hutang keliling pinggang, atau cari syarikat financial planner yang mempunyai pengalaman melebihi 95 tahun, dan telah handle lebih 90,000 kes berkaitan hutang ! (Baca : Syarikat Saya)

Gunakan ayat ini, untuk bagi kata dua kepada prospek !

Nampakkan, bagaimana ayat-ayat copywriting ni, dapat menambah perisa dan menjadikan pelanggan anda cair.

Anda takda pilihan lain jika nak hasilkan copywriting yang mampu buat pelanggan merayu nak beli produk anda, melainkan dengan 99 Ayat Copywriting ini !

Berita baik buat anda ! Anda tak perlu bayar beratus-ratus ringgit. Bukan RM100 pun. Bukan RM50 pun…. tak sampai. Sumpah….

Nak harga special… klik sini cepat ! Dapatkan sekarang 99 Ayat Copywriting !

About The Author

Raja Kamil

...