Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
Rasanya peribahasa ini, sudah lama wujud, sejak saya belum lahir lagi.
Saya ingat lagi, masa darjah 2, salah satu faktor saya tak dapat skor 100% peperiksaan Bahasa Melayu, kerana tidak melengkapkan peribahasa ini.
Itu darjah 2, tahun 1994.
Saya tidak pasti, sekolah lain bagaimana, ada atau tidak ajar peribahasa ini kepada anak-anak murid mereka? Ada tak?
Buat pengetahuan, saya sekolah kebangsaan biasa sahaja, dan sepatutnya, silibus sekolah saya sama macam sekolah kebangsaan lain.
Ke ramai orang Malaysia ni, pergi sekolah swasta? Sebab tu, tak tahu menahu tentang peribahasa ini.
Mengapa saya katakan demikian?
Ye lah, saya hairan bagaimana kawan-kawan saya,
apabila membeli henfon, mereka lebih memilih cara yang mudah dan senang,
iaitu swipe je kad kredit.
Mana tidaknya? Kalau ikut peribahasa tu, sepatutnya,
simpan sikit-sikit dulu, dan bila dah cukup nanti, baru beli henfon tu.
Itu kes henfon, kes lain seperti kereta, rumah dan lain-lain tak usah ceritalah, pasti jawapan seperti, “Kalau macam tu, sampai mati pun tak dapat beli rumah”.
Lainlah, kalau sudah memiliki ilmu kewangan advance di mana kita boleh manipulasi kad kredit ni untuk dapat keuntungan. Itu cerita lain. Ni, dahlah ilmu kewangan cetek, kewangan pula sengkek.
Seperti jatuh ditimpa tangga, tapi versi lain, saje-saje jatuhkan diri, dan saje-saje tarik tangga tu himpap diri sendiri.
Entahlah ….
Kawan saya ni, bila kita bagi tahu, pengurusan kewangan dia ada masalah, dia mencebek muka dan cakap kita macam bagus.
Hehe … tapi, bila dah sangkut nak bayar kereta, kad kredit dan hutang keliling pinggang, masa tu baru terhegeh-hegeh jumpa kita, minta tunjuk ajar.
Hoho .. itu ok lagi, ada yang tu, siap minta pinjam duit tolong kita cover hutang dia bulan tu.
Ades …..
Itulah al-kisahnya tentang peribahasa “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.
ps : takdelah susang sangat pun, setakat nak menahan perli kawan-kawan yang kurang ilmu kewangan, “Wes… kerja je engineer, tapi pakai henfon RM68 je… apa kelas”, setakat itu je. (kalau orang macam tu pun, dianggap kawan, bagaimanalah nanti isteri/suami dia nanti???)
Sori laser sikit. Baru balik rumah…..
1 Comment
Lina Nurhusna
June 2, 2017wow,cerita awak memang menarik!!!
Leave A Response