Guna Kad Kredit, dapat point, dapat tunai, dapat rebet tunai

Assalamualaikum wbt.

Dalam post ni, saya nak share, bagaimana, saya guna kad kredit, dapat point, dapat tunai, dan dapat rebet tunai.

Secara kasarnya macam ni, sejak saya guna kad kredit, :-

  • saya dah dapat lebih 1 juta point
  • dapat cash RM390 lebih
  • dapat rebet tunai RM50 setiap bulan

 

Disclaimer. Saya tak menggalakkan penggunaan kad kredit untuk berhutang. Saya guna kad kredit, untuk memudahkan urusan pembayaran, dan dapat benefit daripada kad kredit tu (seperti, dapat point, dapat promosi tertentu dan lain2)

Saya guna kad kredit daripada Maybank, jadi kat bawah ni, saya ceritakan benefit kad yang saya pakai.
Untuk bank lain, mungkin ada benefit lain, tapi tak lari jauh lah. ^_^

 

Ini apa yang saya buat.

 

Hack 1 : Buat Kad Kredit = Mula Pelaburan FD

  1. Saya buat Islamic Fix Deposit (FD), sebanyak RM3000
  2. FD tu, saya jadikan collateral untuk apply kad kredit. Bila buat macam ni, limit kad kredit saya, takkan lebih daripada RM3000 dalam satu-satu masa (tak risau sangat, jadi mangsa perangkap kad kredit)
  3. Bila guna FD jadi collateral, duit tu, saya tak boleh keluarkan, selagi guna kad kredit. FD maybank, bagi dividen dalam 3% setahun. Tak banyak, tapi lama-lama, jadi banyak. Yang cash saya dapat tu, saya tak ambil, tapi masukkan jadi FD.
    Sekarang ni, terkumpul RM3390 lebih
  4. Lagi best, saya setkan duit extra tu, “Add to principal”, jadi FD saya akan sentiasa bertambah.
  5. 3% mungkin tak banyak, tapi duit free tu. Seolah-olah, tengah sidai seluar, tiba-tiba dapat RM300. Kita pun tak ingat, bila simpan duit tu dalam seluar. hehe

 

Hack 2 : Lagi banyak belanja, lagi banyak dapat point

 

Kalau guna kad kredit, saya prefer American Express (Amex)

 

 

Sebabnya. Kalau guna kad visa/mastercard, RM1, dapat 2 point.

Tapi, kalau saya guna Amex, setiap RM1, dapat 5 point

Berapa nilai point ni?

500 point = RM1

 

Jadi, kalau sebulan bayar FB Ads, RM10k guna Amex,

dapat 50,000 point.
Lepas convert jadi RM100

 

Point ni, boleh convert jadi voucher AEON, TESCO, MYDIN, boleh tukar barang elektrik, boleh convert jadi Air Miles, BIG Point dan macam-macam lagi.

Jadilah kan… kalau bayar guna kad debit, apa pun takde (dapat juga point rasanya, tapi sikit lah sangat, boleh kata macam takde)

 

Saya nak tambah sikit, kelebihan guna Amex, ialah, tak banyak tempat yang terima Amex ni.
Jadi, peluang nak terbeli sportrim baru tiap2 bulan tu, terbatas lah sikit.

Ingat, kita guna kad kredit, untuk dapat benefit dan (penjimatan), bukannya nak membazir.

 

Hack 3 : Cara dapat rebet tunai setiap bulan

Ok. Kalau maybank, kita boleh dapat rebet tunai hujung minggu (setakat 24 Julai 2018, masih lagi).

Perkataan yang maybank guna ialah Cashback.

Sekali lagi, kelebihan ini, kalau guna Amex

Kat bawah ni, dia punya Terms & Conditions

 

So, macam mana nak dapat benefit ni?

Set sahaja, bayaran-bayaran besar, pada hujung minggu ni.

Contohnya, macam weekend lepas, FB Ads saya patutnya belum kena bayar lagi (patutnya hujung bulan), tapi saya pilih untuk bayar haritu. Belanja RM1000, dapat RM50. 5% tu, tahun lepas, tabung haji pun tak dapat 5%. hahaha …..

 

Cumanya, rebet ni, cap untuk RM600 je setahun.

 

Well … ok lah juga kan.

So, hack dia ialah, kalau ada benda2 yang lebih RM1000 nak beli/bayar, pilih bayar pada hujung minggu. Ingat tau, ni untuk Amex je.

 

Sejak guna kad kredit ni, dah dapat cash rebate, lebih daripada RM700

(bayangkan jumpa RM700, dalam poket seluar tiba-tiba. hehe)

 

Recap

So, itulah dia, bagaimana caranya, saya guna kad kredit, tapi boleh dapat 3 benda ni

  • dapat duit tunai (daripada Fix Deposit)
  • dapat point, point tu boleh tukar jadi voucher beli belah (jimat duit dapur weh…)
  • dapat rebet tunai, RM50 setiap bulan

 

Sekian perkongsian daripada saya.

 

 

 

 

 

 

 

About The Author

Raja Kamil

...

1 Comment

  • Zaza

    Reply Reply May 1, 2020

    Wow..Sangat membantu membuka Minda Saya yg kelas org biase biase makcik Sik lemak bukak payung je..Interesting sharing. Terima kasih perkongsian ini

Leave A Response

* Denotes Required Field