Jalan-jalan di KL dan perniagaan internet

Alhamdulillah, saya baru sampai ke rumah. Dari tengah hari tadi sehinggalah ke petang, saya telah ke KL. Untuk jadikan hidup ini mencabar, saya membuat keputusan untuk menaiki pengangkutan awam sahaja.

Walaupun lama dah tak sampai KL ni, takdelah gelabah masa nak beli tiket komuter tadi. Cuma, ada sekali saya bertanya di kaunter untuk memastikan saya berada di platform yang betul.

Pengiklanan

Sesak sungguh tadi. Mungkin program MATTA di PWTC juga menyumbang kepada kesesakan tadi. Masa naik komuter dari Kepong ke KL Central, tiba-tiba ada bau macam familiar menusuk kalbu. ( aka kentut )

Hampeh !

Takpelah, mungkin tak tahan sangat. Hurm, saya ni jenis orang yang suka pandang perkara yang berlaku pada sekeliling.

Selain sesak dengan manusia, komuter yang say naik juga penuh dengan iklan. Di sini, teori yang mengatakan, di mana ada traffik, di situ ada wang terbukti BENAR.

Dengan jumlah melebihi 10k penumpang sehari, tidak mustahil bagi Komuter untuk menjana wang daripada pengiklanan. ๐Ÿ™‚

Begitu juga dengan laman web. Jika laman web anda mendapat kunjungan yang ramai, jangan segan silu untuk membuka pengiklanan kepada pelawat anda. $$$$ wooooo!

Tidak Semua Tempat

Saya ke KL Central terlebih dahulu untuk ke tempat tujuan saya, KLCC. Kali ni lebih sesak. Bukan setakat di dalam PUTRA sahaja sesak, di kaunter tiket juga, orang berduyun-duyun beratur membeli tiket.

Apa yang saya perasan, di kaunter tiket tersebut, tidak pula kelihatan sebarang iklan. Adakah ini satu pembaziran traffik? hurm….kita teruskan perjalanan dahulu.

Sesampainya di KLCC. Masya Allah, ramai bangat manusia di kaunter. Seperti kaunter tiket tadi, tiada sebarang iklan di tampal. Selain poster berkenaan perkhidmatan mereka, tiada iklan lain.

Saya selesaikan urusan saya lebih kurang tiga jam di KLCC. Sebelum pulang, saya window shopping sikit. Nak juga tengok apa trend orang-orang KL sekarang ;).

Sambil melihat-lihat dan mencuci mata, otak saya berfikir-fikir kembali. Persoalan mengapa tiada iklan di kaunter tiket tadi, seolah-olah terjawab apabila saya window shopping.

Sama seperti tadi. Kedai emas yang baru saya lepasi tadi, ramai dengan manusia, tapi tiada iklan. Kedai pakaian yang berada beberapa meter di hadapan saya, juga sesak dengan manusia. Tiada iklan. Restoran makanan Jepun, Petrosains dan boleh saya katakan, kesemua premis yang saya lalu tiada iklan yang dipaparkan. Jikalau adapun, ianya mengenai produk yang berada di dalam premis.

Apa yang saya dapat pelajari di sini ialah; jangan ubah fokus pelanggan. Ya. Bukan semua tempat, sesuai meletakkan iklan.

Begitu juga dengan laman web. Tidak semua laman web, boleh diletakkan iklan, walaupun trafik ke laman web berkenaan adalah tinggi.

Contohnya, www.kerja-kerajaan.com mendapat lebih 2000 pengunjung sehari. Namun, adakah sesuai untuk meletakkan iklan di sana?

Mengikut pengalaman saya, laman web jualan TIDAK BOLEH diletakkan sebarang iklan. Ini kerana, traffik yang tiba akan menjadi sia-sia dengan adanya iklan lain di sana. Sedangkan, traffik yang datang ke laman web, kita harapkan, adalah jualan terhasil. Betul tak ?! ๐Ÿ™‚

Ekonomi merudum? Jangan Risau….penemuan esekutif di bawah

Semasa saya pulang dari KLCC, saya telah membazirkan 30 minit umur yang Allah kurniakan pada saya. Cis~. Mana tidaknya, saya habiskan 30 minit untuk beratur membeli tiket balik. Sesak. Menyesal tak beli tiket pergi balik awal-awal tadi.

Dalam PUTRA dan Komuter. Kedua-duanya sama. Apa yang saya lihat, ditangan masing-masing, pasti ada beg plastik yang saya amat yakin ianya masih baru. Apa maksud saya?

Maksud saya ialah, kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia masih lagi TINGGI. Bila saya katakan kuasa membeli adalah tinggi, saya tidak maksudkan , tiada masalah ekonomi di negara kita.

Apa yang saya perasan juga. Golongan remaja, lebih banyak berbelanja daripada golongan dewasa. Ha, ini satu penemuan menarik. Jika anda ingin menjual sebarang produk sekarang ini, pastikan produk anda, mesra remaja ๐Ÿ˜‰ .

Ini adalah pendapat peribadi saya. Hal di atas berlaku kerana, kesedaran di kalangan remaja adalah rendah. Ya, ramai di antara mereka yang masih tidak sedar, bahawa kemelut ekonomi kian menghimpit ibu bapa mereka.

Untuk masalah AWARENESS ini, saya akan bincangkan dalam post yang akan datang. Kita, pandang hal ini dari kaca mata seorang opportunist.

Balik pada persoalan tadi, juallah produk yang ada demand. Jika sekarang ini, kuasa membeli pada kalangan remaja adalah tinggi, maka, juallah produk yang berkaitan mereka.

Apa contoh produk yang “remaja”.

1. novel cinta ala-ala Islami – memang hot~ ๐Ÿ˜›
2. teknik-teknik untuk skor – hot juga
3. penghapus jerawat – evergreen, dulu,kini dan selamanya ๐Ÿ˜€
4. cukup lah tu….. ๐Ÿ˜‰

Perjalanan Yang Penuh Pengajaran

Apa yang saya dapat belajar daripada perjalanan tadi sangatlah berguna buat saya.

2 pengajaran UTAMA yang saya perolehi tadi ialah :

1. beli tiket pegi-balik
2. bawa buku ๐Ÿ˜›

Itulah sedikit sebanyak kisah perjalanan saya tadi.

PS : Kepada Zoul, Hayati, Sya, Fir dan Han, terima kasih atas sokongan anda, dan all the best. Jangan lupa email saya pelan seminggu yang saya mintak tadi.

———————

Ruangan baru telah dibuka di RKb ini. Peluang anda untuk mendapat $$$ daripada online, semakin cerah. Lawati https://rajakamil.biz/buat-duit-free untuk maklumat lanjut.

95 Comments

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Hohohoo.. RK tgh pening nak wat editing.. Hope takder maslaah..sabaq nah bro.. ๐Ÿ˜€

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Kena set up blk nie rk.. Dah problem nie setting.. ๐Ÿ˜€ Ilek.. Jgn kalut2..

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    YOJI pun.. Mana lak nie..

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Owhh… Saya masih remaja…

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Tebsion nie…

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Argh!! Tension lak..

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Zoul, Hayati, Sya, Fir dan Han

    Nie yg bro RK paling sayang.. HAhahaah

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Berjalan di K.l Tanpa halatuju pasti semua tempat nak p..

    • wanmus

      Reply Reply March 31, 2009

      hehe..RK nk gi berkongsi idea lah..hehe

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Adakah aku menggila komen tmpat yg sama dgn bnyk.. ๐Ÿ˜€

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Adakah trend budak2 k.l berbalik ker lama gak./… ๐Ÿ˜€

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    RK bawa buku per? Wah.. Juai buku dah la nie…

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Apa pun, jika tidak mau terbuang.. Kena beli awai2.. ๐Ÿ˜€

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Jalan2 gak.. Jgn trtinggal anak masaleh gak.. ๐Ÿ˜€

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Memang K.L dikatakan lubuk emas…

  • ijamidayu

    Reply Reply March 31, 2009

    Salam RK dan rakan2..

    Apa pun, jika pergi K.L nie.. Mcm2 kita leh jumpa.. Dari Asia ke Mat salleh (yg celup pun bnyk gak )

    Apa pun, semua nie mencorakkan K.L menjadi lagi meraiah… Apa pun, kepada semua.. Ini merupakan perkara yg kita sendiri akan lalui..

    Pelajari dan gunakan apa yg ada dipersekitaran utk wat biz.. ๐Ÿ˜€

  • titan

    Reply Reply March 25, 2009

    rasanya kene rehat gak aku nih..

    • wanmus

      Reply Reply March 27, 2009

      alaaa im yang berjaya, time duk tidor pun leh duit. hehe

      • ijamidayu

        Reply Reply March 27, 2009

        Ko dah berehat kat PD ngan pahang arie tue.. ๐Ÿ™‚

        • Yoji

          Reply Reply April 7, 2009

          ijamidayu dah memulakan komen dia nie…

  • ilhamputra

    Reply Reply March 24, 2009

    bile nak dapat jumpe dgn Bro RK ni.apepon post yang menarik untuk kali ni.kalo bab jalan kat KL ni mengimbau kenangan masa saya sekolah asrama kat KL.banyak tempat saya pergi n transport biasa la.time tu naik LRT je.coz kat KL ni kadang2 sesak dan jenuh nak menunggu intrakota kalo sekarang ni RapidKL.

    • Raja Kamil

      Reply Reply March 24, 2009

      Teringat lagu Kengangan bila bro komen macam tu. ๐Ÿ™‚

      • ijamidayu

        Reply Reply March 27, 2009

        Teringat sambil menyanyi la bro.. ๐Ÿ™‚

  • fathaz

    Reply Reply March 17, 2009

    Wah.. Saya duduk dekat area Gombak pon xberpeluang nak pergi jalan2 kat KLCC huuu maklumlah agak busy bulan ini.. :r

    • ijamidayu

      Reply Reply March 27, 2009

      hahahahaha.. Lama ker dok gombak.. Ada masa p la.. Takyah kalut2…

      Ada masa dan peluang p la.. Best gak lepak sana.. Bila bwk family.. Tapi 2 ler.. PAdat..

  • eyeman

    Reply Reply March 17, 2009

    iklan memang penting. tapi tak ramai orang dapat manfaatkannya dengan baik.

    • ijamidayu

      Reply Reply March 27, 2009

      Kena cari peluang dan iklan kena menarik.. ๐Ÿ™‚

    • rizalsaid

      Reply Reply March 28, 2009

      kena belajar lagi banyak macam mana nak buat iklan yg lebih menarik.

  • ameer789

    Reply Reply March 15, 2009

    jln sakan…bnyk shoping ke?

    • ijamidayu

      Reply Reply March 27, 2009

      Buat Training kot RK time tue.. ๐Ÿ™‚ Silap maaf la..

      Kompom la.. Bnyk org kampong order.. ๐Ÿ™‚

Leave A Response

* Denotes Required Field