[Kalau tak ‘jatuh’ itu bukan hero namanya]
Satu hari, saya buntu, tak tahu nak buat apa lagi untuk jana income.
Saya cakap dalam hati, lagi seminggu, kalau takde perkembangan, saya cari kerja.
Bayangkan, sudah dekat 2 bulan, saya takde income yang tetap.
Ada masa ok, ok lah.
Ada masa tak ok, tak oklah.
Malangnya, kebanyakan masa tak ok.
‘pap’, dapat email daripada paypal, bagitahu saya terima komisen daripada satu produk yang saya promot.
Alhamdulillah.
Walau tak banyak, tapi saya rasa cukup gembira.
Ia seolah-olah signal daripada Allah, agar saya jangan cepat berputus asa.
Saya tekad, duit kali ni, saya nak guna untuk beli ebook.
Saya perasan, rasa “bajet bagus” akan membunuh potensi saya.
Saya perlu rasa diri tidak pandai, tidak cukup dan sentiasa dahaga ilmu.
Sudah lama saya tak invest untuk ilmu pada ketika itu.
Dengan izin Allah, saya buka warrior forum, dan pada ketika itu, ada satu produk, yang saya AMAT YAKIN, ini semua ketentuan Allah, saya beli produk tu, dan saya bersyukur sangat.
Kerana dalam produk yang saya beli 3 tahun lalu tu, sebenarnya, merupakan satu anjakan paradigma kepada pandangan saya tentang IM.
Daripada income langsung tak stabil, sekarang saya dah ada income yang stabil.
Daripada langsung, buntu tak tahu nak buat apa, saya sekarang ada banyak projek sedang QUE untuk pelancaran.
Alhamdulillah, syukur.
Dan tadi, saya cuba buka thread warrior forum tersebut, MASIH ADA !!!
Dan paling best, harga ebook tu masih sama, 5 usd (lima dollar atau RM15 je) …..
Pengajaran yang saya dapat dengan pengalaman saya ni, ialah,
1. jangan putus asa
2. bagi EXTRA tempoh masa
3. talian hayat bagi orang beriman adalah ALLAH
4. jangan berhenti cari ilmu
5. investment terbaik ialah ilmu
6. kadang-kadang kita ada banyak resource, tapi kita tidak dapat guna, kerana kita terlalu tertekan. Chill bro/sis, take five
7. siapa sangka, penyelesaian untuk satu masalah besar, serendah 5 us dollar
8. tambah sendirilah pengajaran lain
Tapi, saya amat bersyukur, perjalanan saya masih belum berhenti.
Bayangkan kalau 3 tahun dulu, saya quit macam tu je, berapa ramailah agaknya saya tidak dapat bantu hari ini.
Oklah ….. kepada anda yang rasa nak quit, tak kisah bisnes apa pun yang anda sedang buat,
bertenang dulu … cuba cari penyelesaian.
Kadang-kadang penyelesaian perlu dapat daripada luar.
Ok lah, saya perlu berehat, esok nak sambung perjalanan. &_&
ps : ini link ebook 5 dollar tu, http://rkurl.com/usd5
Selamat maju jaya;
Ikhlas;
Raja Kamil
www.RajaKamil.biz
11 Comments
mrhanafi
June 6, 2017sangat menarik dan mengujakan…
boleh memberi inspirasi
Safaras Zakaria
January 12, 2017Alhamdulillah…..terbaik tn rk….setuju sangat dengan apa tn rk katakan itu.
Ismail
November 27, 2016Setuju dgn titan. Masing masing ada turning point dia.terkadang rasa give up gile bila hari hari berlalu dengan “telor”. Tapi bila dia masuk tak henti henti seminggu asyik tersengih sorang.. Haha.. Ape ape pun balik kepada yang satu kerana dr yang satu itu akan bercambahnya kepada yg lain.
Nawawi Mohshin
June 22, 2016Saya baru beli dan yeap, harganya masih lagi USD5! Terima kasih Tuan. ‘Tazzabar’ rasanya nak khatamkan ilmu ‘mamat 5 dollar’ tu. Hehe. ๐
titan
January 20, 2015setiap orang ada turning point dia.
janji kita tak putus asa.
Raja Kamil
January 21, 2015yeap …. ๐
Nadri
January 10, 2015Alamak!!!..otai IM power pn dulu beli & baca e-book utk berjaya..klu blogger newbie yg baru berjinak2 utk buat duit secara online mmg patut contohi usaha otai..
zulpress
August 31, 2014Terima kasih, RK. Sy dah beli ebook ini melalui tuan lama dahulu. Benar, ia amat membantu memberikan pelan yang mudah tapi praktikal.
Raja Kamil
August 31, 2014๐
radzi musafir
April 18, 2014terima kasih,
info yang sangat berguna ๐
Kuala Lumpur-car-rental
August 19, 2013sangat setuju atas apa yang dikatakan..bak kata orang ilmu biar tinggi melangit,tapi hati biar rendah ke bumi..stay foolish,stay hungry..
Leave A Response To titan Cancel reply