
Post kali ini mungkin tiada kaitan langsung dengan bisnes internet. Namun begitu, selaku Sang Murobbi IT, saya menyedari suatu hal. Iaitu, sebuah kereta yang tiada minyak, mana kan mungkin untuk bergerak beratus kilometer.
Apa maksud saya ? Maksud saya ialah, anda tidak akan mampu pergi jauh di dalam apa-apa bidang andai kata anda tiada “minyak” .
Minyak yang saya rujuk di sini ialah bermaksud, ilmu dan motivasi.
Post pada kali ini, lebih kepada cerita motivasi yang bagi manusia yang berakal, kita seharusnya dapat mengambil pengajaran dan cuba mengaitkan dengan peribadi.
Selamat membaca.
Penjual buku jalanan
(dipetik daripada Utusan )
GAYANYA seperti seorang pensyarah berjalan mundar-mandir sambil mengelek buku-buku tebal di kawasan sekitar Senin, Jakarta.
Kadangkala dia mempercepatkan langkahnya dan terus melulu ke dalam kedai-kedai buku. Sesekali dia menyapa orang yang lalu lalang.
Itulah Jalaludin Zainudin, 67, atau lebih mesra dengan panggilan Pak Udin. Dia bukan ulat buku, dia bukan pensyarah dan bukan juga penuntut universiti, tetapi dia ialah penjual buku jalanan.
Sejak kira-kira 20 tahun lalu, itulah pekerjaan yang dilakukan bagi mencari rezeki halal untuk keluarganya.
Menurut Pak Udin, idea untuk menjadi penjual buku jalanan 20 tahun lalu apabila dia tidak mempunyai pekerjaan, sedangkan anak-anak kelaparan.
Lalu dia mengambil sebuah buku dari kedai buku dan cuba menjualnya kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan berkenaan.
“Sekali buku itu laku, saya ambil sebuah lagi dan juga dengan segera dapat dijual,” katanya menceritakan bagaimana kerjaya penjual buku jalanannya bermula.
Selepas itu dia terus meningkatkan usaha dan lebih banyak buku dijual dan keuntungan diperolehi adalah dari komisen yang diberikan oleh kedai buku. Sehari dia mampu mengumpul pendapatan sehingga Rp500,000.
Menyekolahkan
Dengan duit menjual buku itu dapatlah dia menyekolahkan empat orang anaknya dan juga membeli rumah untuk dia sekeluarga berteduh.
Dengan berjimat cermat dia tidak menghadapi masalah untuk melangsaikan bayaran bulanan rumahnya.
Menurut Pak Udin, apabila perkhidmatannya menjadi popular lebih ramai pelanggan yang datang sehingga dia tidak cukup tangan melayan mereka.
Kini jumlah penjual buku jalanan semakin ramai, apatah lagi ramai yang menganggur kerana dibuang kerja dek kegawatan ekonomi juga memilih kerjaya itu.
Pesaingan sangat kuat dan bagi Pak Udin dia kini tidak lagi mampu bekerja keras seperti dahulu kerana faktor usia yang agak lanjut.
Selain itu kegawatan ekonomi juga menyebabkan orang ramai kurang membeli buku dan pendapatannya kini semakin merosot.
“Sekarang kalau dapar Rp50,000 sehari pun sudah dikira cukup bertuah,” katanya.
Kini Pak Udin juga lebih banyak menjual buku-buku agama Islam kerana bersesuaian usianya.
Bagaimanapun seperti 20 tahun lalu, Pak Udin akan berada di kawasan Senin seawal pukul 7 pagi dan pulang ke rumahnya menaiki keretapi kira-kira pukul 7 malam.
Menurut Pak Udin, perkhidmatan yang ditawarkannya memudahkan orang ramai yang mencari buku terutama buku sekolah.
Pak Udin berkata, bayaran yang dikenakan sangat minimum berdasarkan sukarnya sesebuah buku dicari. Kini penjual buku jalanan seusianya semakin kurang dan yang membanjiri kawasan itu terdiri daripada penjual buku jalanan yang berusia muda.
Walaupun usianya telah meningkat dan pendapatan semakin merosot Pak Udin tetap menyimpan hasrat suatu hari nanti setelah melangsaikan hutang rumahnya dia mahu membuka kedai bukunya sendiri.
———————
Kali pertama saya baca kisah ini, saya terfikirkan, 2 pengajaran yang saya boleh ambil.
Kreativiti dan kecekalan.
Kreativiti
Pak Udin kreatif. Jika anda pernah ke Indonesia, anda akan merasakan bahawa andalah manusia paling bertuah di muka bumi.
Hidup mereka memang sangat-sangat sukar. Tapi dengan kesukaran begitulah, lahir manusia-manusia yang hebat seperti Hamka, Soekarno dan Barrack Obama (erk, dia lahir kat Indonesia kan ??)
Kecekalan
Sikap yang sudah semakin pupus dalam generasi masyarakat Malaysia hari ini. Asal diuji sikit, sudah goyang.
Bayangkan, apa akan jadi pada anak-anak Pak Udin andai dia awal-awal lagi sudah mengadu penat, tak berbaloi. Jika tidak silap saya, 500 ribu rupiah ialah kurang daripada RM25. Penat ke sana, ke sini. Dapat RM25 sehari je.
PS : apa pula pengajaran yang anda dapat ???
94 Comments
mohamadSaleh
March 7, 2010semua orang nak senang, ramai yg taknak susah. bila orang senang, ramai yang cakap “aku nak senang macam dia?”. tpi kesusahan dia untuk jadi senang semua orang tidak mahu.
1. Bersyukur dengan semua pemberian Allah.
2. Usaha untuk menyempurnakan tanggungjawab.
newbie
mohamadSaleh a.k.a. umair
diTeratak Minda
RBE
February 16, 2010hem……terkedu dan sebak bila kak baca kisah Pak udin ni…
dalam usaha mencari rezeqi halal,kak juga pernah melalui susah dan pahit getir beberapa tahun lalu…
kak OKU ANGGOTA…BERTONGKAT DUA DI BAWAH KETIAK[masa tu]..sebelah kaki kanan sudah dibuang . masa tu kak membonceng motorsikal bersama suami..menjual limau di pasar tani…kebetulan ketika tu, hujan renyai2…
dalam keadaan memegang 2 tongkat sebelah tangan, kaki kak yang satu lagi..tergelincir..kak jatuh terlentang dari motorsikal di tepi jalan!!! buah limau berterbur di jalan….cukup sedih.. mujur ada anak muda yang tolong angkat kak dan hantar kak pulang ke rumah dengan kereta mereka..
sekarang …kak berkrusi roda…dan dah celik IT serta giat dalam pemasarn interne sejk +5 tahun lalu.. alhamdulillah..rezqi bertambah baik..tempahan sentiasa ada..paling jauh dari spore dan jepun…
MOTO KAK:
Kak akan cuba sedaya upaya adakan kesempurnaan… di dalam KETIDAK SEMPURNAAN KAK…ALHAMDULILLAH…INSYAALLAH..
halim
December 7, 2009Satu jln cerita yg menarik dan bersemangat utk didengar utk genarasi kita.
Bila kita alami tekanan hidup mcm pak udin, kita tiada pilihan lain utk mencari rezeki.
Bila ingat susah.org lain pun ada lagi susah..Teruskan kluar cerita2 begini.
TK
Raja Kamil
December 7, 2009Terima kasih En. Halim, memang contoh dan tauladan dalam masyarakat sekarang amat sedikit berbanding kerosakan yang ada
mujahid91
December 18, 2009saya tertarik dan terharu dengan keadaan pak udin….
walaupun hidupnya serba kekurangan dia tetap berusaha untuk meneruskan kehidupan walaupun hanya sekadar menjual buku…
sifat seperti ini patut kita contohi..
walau bagaimana susah pun kehidupan kita dengan usaha pasti kita akan berjaya…..
hendak seribu daya…
tak mau seribu dalih….
kalau tidak dipeccahkan sagu..
manakan dapat ruyung nyer..
Raja Kamil
December 19, 2009betul tu, hendak seribu usaha, tak nak seribu alasan
AMIR
December 1, 2009its a nice and very true to heart story. i’ve read this version in the paper.. bla fikir balik.. xramai melayu yg sanggup berusaha sampai tahap tu ntk satu perkara. kita ni mcm cepat sgt give up bla xdpt. dlm online biz sya x pasti… tapi yg sya tau sya memang gna apa yg sya dpt dgn baik. 🙂
Raja Kamil
December 1, 2009Tahniah Amir, kerana dapat menghayati cerita sebegini
abangki
November 1, 2009Dia perlu guna teknik marketing yang baru. Yang kurang guna kudrat tapi masih boleh menemui bentuk pasaran yang lebih besar.
20 tahun guna kudrat lama tu.. Kalau kat sana boleh guna internet lagi baik. Tapi indonesia serba kekurangan..internet xde, telefon susah jgk..
Anak2 pak udin tak membantu ke? Dah 20 tahun mesti semya dh besar2..patut dah ada keje.
Raja Kamil
November 1, 2009Anak dia mati dah…..
azri
September 22, 2009satu kisah yang membuka minda kita semua.bila dalam kesusahan pasti potensi diri kita akan keluar bak harimau yang telah sekian lama terpendam dalam diri kita
shamnoorieta
August 13, 2009sy rasa pak udin perlu mencari tempat yang baru yerlah dah ramai kat situ yang buat benda sama.
jadi kita perlu pandai cari pasaran yang sesuai supaya apa yang kita ada orang nak.tempat baru orang pn yang baru. baru maju
BMWang
September 25, 2009Hai Raja Kamil, cerita ni sangat baik sebagai model kreativiti untuk dicontohi.
Cumanya saya nak betulkan sedikit fakta: Rp500,000 tu banyak (lumayan) kerana pada rate sekarang ni mu.ngkin sekitar RM170 (kadar tukaran Rp1 juta untuk RM340).
Tapi apapun cerita ini merangsangkan.
setria Hariadi
July 16, 2009Yang penting kreativiti yang membezakan anda dengan pesaing anda. Saya bersetuju bahawa nsan yang cekal semakin pupus, yang banyak adalah sesuatu yang segera seperti makanan segera, mee segera malah nak untung dalam bisnes pun segera, tu yang banyak terkena dengan skim ponzi tu:)
Aisyah
July 19, 2009Andai itu takdirnya., anda smua percaya x pd takdir? Walauape pn yg kte lakukan,takdir juga yg akan menentukannya., andai takdir itu pahit,kte hrus menerimanya dgn ikhlas…..
gravesitter
July 15, 2009Sebagai manusia, kita akan mengharungi pelbagai masalah. Ada yg berat & ringan. Mcm Pak Udin ..masalah utama ialah nk cari duit utk sara keluarga. Masalahnye dh selesai krn spt kata pepatah Melayu “kalau nk seribu daya & kalau x nak seribu dalih ” . Sikap nak seribu dalih ni paling ramai org mengamalkannya.
azalia
August 7, 2009Kisah Pak Udin memang banyak di Indonesia..di M’sia pun cuma tak bertembung dgn kita..cuma mungkin tak sebanyak di sana.Ramai d kalangan kita yg berjaya bermula dari kesusahan.Memang benar kepayahan akan menelurkan kreativiti dan Pak Udin ‘insan’ yg sgt bertanggungjawab pada keluarga dan agamanya…rezeki dari titik peluhnya dan w/p jualan kian kurang ‘niat’ untuk membayar hutang rumah terus tersemat….macamana pelajar kita yg bermewah2 dgn duit biasiswa..tak amanh namanya..w/p tak kena bayar balik..
Setuju dgn Aisyah..apapun jua takdir yg mengatasi segalanya
Niijiusan
June 30, 2009saya baru baca kisah ni… point yang raja kamil cakap tu memang tepat. dan satu lagi, pada pendapat saya, disebalik kejayaan seseorang, mesti ada sumber motivasi. sebagai contoh, pak udin cekal kerana nak menyara keluarga. kalau bukan kerana keluarga, boleh jadi pak udin cuma bekerja untuk cukup makan je. sumber motivasi yang berikan kekuatan pada seseorang. kalau orang yang nk kawin, mesti la aweknya tu sumber motivasi.. 😛
azmi amdan
June 29, 2009Kisah Pak udin menyedarkan saya bahawa cabaran kehidupan yang mesti ditempuhi setiap insan adalah berbeza-beza. Namun tujuannya adalah satu iaitu mrncari rezeki yang halal untuk keluarga. Bagaimana susahpun , tetap ditempuhi oleh Pak Udin.Syukurlah kitalah kita berada di bumi yang kaya raya.Cuma perlu berusaha… terus berusaha.. danjangan lupa BERDOA kepada Ilahi dan akhirnya TAWAKAL.
mohd adhwad
July 5, 2009Kadang-kadang Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita..Dia patahkan hati kita untuk membuatkan kita lebih bersemangat..Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat..Dia memberi kita kegagalan supaya kita rendah diri..Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi olehNYa…
kejayaan bukanlah bermaksud kita terus berlari.. permulaan kejayaan bermula dari merangkak, percubaan untuk berdiri mungkin kita akan tersungkur dan rebah malah kita akan bangun dan bangkit semula untuk mendaki berdiri teguh menuju kejayaan..
nik
July 12, 2009Salam
Sememangnya apabila kita menghadapi cabaran maka kita akan lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah..
Keadaan terdesak juga membantu akal kit aberfikir di luar kotak. Berfikir di luar kotak penting untuk mendapatkan sesuatu yang baru..
rizal
July 18, 2009..ya saya pun pernah gagal, dan sekarang pun saya masih gagal…gagal mencapai impian saya…tapi semangat saya
untuk berjaya tak pernah luntur..saya sentiasa cuba dan cuba dan cuba…entahlah bila rezeki saya??
murshidul
June 28, 2009Bagus dgn usaha dan semangat yang kental ia memperolehi pendapatan yg lumayan walaupun mempunyai kekurangan dan kesusahan
Odin
June 22, 2009Ketabahan, tidak kenal putus asa dan terus mencuba. Semakin banyak kegagalan maka semakin dekatlah kita kepada kejayaan.It is a numbers game.Pak Udin contoh simple yang boleh diikuti.
nur kl
June 23, 2009bagi saya, memang kita patut menghargai idea kita. tapi setakat ada idea pun tak leh.
saya ada seorg adik lelaki, bahagian pertanian. sijil je… nak mohon kerja. Baru-baru ni saya bagi idea kat adik saya…saya kata “kamu lelaki, rumah keliling sayur dan ulam opah yang banyak..kolam ikan puyu, keli,haruan n talapia yang banyak. sehari tangkap.. tak habih. dah bertahun tak di keringkan….dah bercucu cicit ikan tu…”
“tiap2 hari kutip sayur dan tangkap ikan. Jual kat teluk intan n pasar hari…. Bukan tak biasa kat sekolah dulu….menjual”
sekarang saya tak tau. Dia buat @ tak. Jika dia Berfikir untuk gerakan tangan n kaki. berjalanlah idea saya….kalau tak terkubur lah ia. Sampai..ada seseorg yg dapat melaksanaan idea saya ni…
Raja Kamil
June 23, 2009betul tu Nur KL. Contoh yang nyata. Apa yang penting, bukan sahaja idea, tapi, BERTINDAK.
Berapa ramai orang ada idea, tapi malas bertindak? Ramai kan ….. 🙂
Jutawan Paypal
June 29, 2009Cabaran dan kesusahan menjadikan kita kuat dan tabah. Secekal semangat Pak Udin untuk terus berusaha walau di usia lanjut, malu menagih simpati.
Kesenangan dan kemudahan pula menjadikan kita hanyut, lena dibuai mimpi. Lantas rapuh dan terus menjadi bangsa yang tiada matlamat dan arah tuju, akhirnya tersungkur rebah.
Mencari jalan mudah hingga tergadai maruah. Tersasar jauh dari jalan Allah.
zal
July 5, 2009pak udin seorang amat kuat semangat dlm menghadapi cabaran hidup dan kreatif pemikirannya
Muhamad Azam
June 21, 2009Kisah ini memberikan pengajaran jangan mudah berputus asa dalam apa jua bidang yang diceburi terutama dalam diri mentauhidkan kepada Ilahi .Amin.
Budget Wang
June 22, 2009Cerita yg bagus..Quitter never wins, Winner never quits.
Tapi dlm cerita ni Pak Udin dpt 500 ribu rupiah sehari kan. Lumayan sebenarnya. Lebih kurang RM 170 sehari bukan RM 25. So, sebulan boleh dpt RM 5000 lebih.
nasri
July 9, 2009KEJAYAAN BERMULA DIFIKIRAN BRO..IMPOSIBLE IS NOTHING!!! SEBAB SAYA PUN JUAL BUKU.. TAPI KAT SEKOLAH2 SATU MALAYSIA.. SENDIRI PUNYA…
Monaliza
June 20, 2009Terima kasih. Bagus juga baca tentang Pak Udin ni. Baru kita perasan macam-macam cara nak dapat duit walaupun kita tak ada bakat nak buat sesuatu, cth. tulis buku atas buat kuih- kita jadi distributor.
Monaliza
June 20, 2009Apa yang menarik bagi saya nak tahu selanjut ialah bagaimana Pak Udin dapat menjual buku pertama beliau. Apa agaknya ayat power Pak Udin? Apa maklumat yang disampaikn sehingga orang nak beli buku dari dia? Lagi satu: Dia dapat untung macamana dengan jual buku tu balik? Agaknya minta diskaun dr pekedai kemudian jual harga asal? Tekaan saya beliau jual murah sikit dari harga asal dan yakinkan pembeli kenapa buku tu HARUS dibeli, betul tak?
Raja Kamil
June 20, 2009Wah. Tahniah Monaliza, satu penelitian yang jarang diambil pusing ramai orang.
Sarip Doll
June 17, 2009Salam. Kisah Pak Udin memang amat baik dibuat teladan. Tapi kan, kalo asyik2 gagal je atas usaha yg kita buat, camne plak tu? (blom la sampai seribu kali lagi cam Thomas Eddison yg cipta mentol tu). Sbbnya setiap kali gagal tu kosnya berpuluh ribu RM bukan sikit. Nak kumpul balik jenuh juga. Tu yg buat lemah semangat tu…rase nak putus asa dah.Usaha sudah, doa sudah, tawakkal sudah….tapi masih gagal….ada sape2 bole bantu tak huhuhu….
mpejal
June 17, 2009erm..sbb tu kite kena sentiasa berusaha…tp yg plg pntg usaha kita mstlah berbekalkan ngan ilmu…bkn skdr usaha main bantai jer…usaha plk mstla jgn hangat2 tahi ayam jer…yg pntg jgn pts asa dan sentiasa bertawakkal…amin…
zulfadly
June 11, 2009Banyak cabaran dan dugaan yg tidak kita ketahui.Kita perlu lah tenang dan sabar menghadapi semuanya.Saya terharu membaca kisah pak udin memang seorang yg cekal.Cuba kita bayangkan berada di tempat pak udin mcm mna rasa nya.So pikir2kan lah…….
suhana
June 16, 2009wah…hebat kisah pak udin ni…sya pun ade beberapa org kenalan rapat dr indonesia, gambaran kisak p.udin mmg realiti kehidupan penduduk di sana..mereka mmg benar2 ssh..jumlah penduduk ratusan juta amat memeritkan, even kira peti undi pun berbulan2 lamanya…
kita kena ambil iktibar dgn sebaik2nya…syukurla dgn apa yg ada..kisah p.udin blh bgi motivasi yg amt baik untuk kita supaya x mudah berputus asa…
ForexPro
June 11, 2009Wah,dpt banyak pengajaran hari ni dr kisah pak Udin..mmg btul,kt indonesia idup mmg susa..kte kt Mlysia idup mewah,so bsyukur la..jangan pandang serong la kt pndtang dr sbrang sbb x semuanya yg dtg tanpa izin dan x sumenye jahat..dorg dtg nk cari rezeki di bumi yg btuah ini shj..
muzyati
June 12, 2009satu kisah dan tauladan yang sangat menarik yang perlu disemai dalam jiwa warga melayu semua kalau nak maju dan cotoh terbaik untuk meghindarkan diri saya dan kaum saya dari menjadi layu, Terma Kasih
fawwaz
June 8, 2009erm..
mmg menarik cite ni..
bg sy mmg bergune untuk org baru yg nk berjinak kt bisnes mcm sy..
insyaallah pe yg sy dapat akan digunakan untuk majukan diri sendiri..
amin..
kak k
June 10, 2009memang kagum dengan pak udin.
tapi kalu semua ahli paham dengan kesusahan tak pa!
ahli keluarga yang tak paham dengan kesusahan, masih nak senang2 tu yang buat lagi stresss…
kesusahan kita tak dapat sokongan keluarga!
ah! stress..
salbie s
June 7, 2009bagusnya. Ya lah rezeki ada di mana-mana. Allah yang bagi kita rezeki. Apa yang penting kita harus berusaha, berusaha dn berusaha. Bykkan berdoa.
Saya respek Pak Udin.
Lihatlah betapa bertuahnya kita hdp di bumi Malaysia ni.
zuls
May 11, 2009betullah perut kosong jadi lebh kreatif..
@Yoji, memamng kena kreatif macam pak udin, sebenarnya kena lebih kreatif, Internet ni lain macam sikit.
johnjimat
June 4, 2009adoi sungguh terharu aku dibuatnya.. nk buat keje pun xlarat da sob sob
Farid Rashidi
June 5, 2009Salam,
Apakah konsep syukur yang dimaksudkan?
Ya, kita perlu bersyukur hatta di masa senang dan susah. Namun, kesyukuran itu perlu kepada sebuah penambahbaikan. Bukanlah mereka yang kritik membina itu tidak tahu bersyukur, tetapi ianya sebagai sebuah anjakan paradigma. Adakah kita perlu merasa selasa selalu. Setiap hari hidup perlu ada peningkatan.
Addennu nasihah, itu yang penting. Dan jangan lupa untuk praktikkan kaedah Al-Umuru bimaqasidiha dalam apa jua lapangan.
Si kaya juga boleh zuhud jika kena caranya. Lebih-lebih lagi si miskin.
Apapun, terima kasih atas cerita yang baik dan nasihat. 🙂
nur_syahadah
June 6, 2009salam… penuh iktibar kisah yang dipaparkan…tapikan kadang2 kita tak boleh menilai seseorang tu hanya berdasarkan pandangan kita…sometimes apa yang dipaparkan tersalah tafsir oleh orang lain.. orang yang membaca tak bolehlah judges macam tu saja..selidik dulu.. tegur menegur tu amalan mulia..utk kebaikan bersama 🙂
Yoji
April 12, 2009@chime… btul tu… sbb kita dah paksa otak kita utk bergerak..
fazreen
April 6, 2009xksh la hasil sket or byk jnji smngt kita tuk berjaya dan halal
fairuz89
April 5, 2009rezeki xkan dtg bergolek tanpa usaha..
apa pun y kte nak,kte ne ushe..
lps ushe..
berdoa pd Allah mntk makbul an doa kte..
then tawakal..
ideal
April 1, 2009aku dah hayut rupanya owhh…
Wahab Rasimon
April 1, 2009Pak Udin lambang kegigihan yang perlu dicontohi. Saya melihat ada 4 kriteria penting dalam dirinya;
1. berani menghadapi kenyataan demi survival untuk hidup.
2. fokus kepada apa yang hendak dilakukan dan segera bertindak mengikut keperluan semasa.
3. ada matlamat yang hendak dicapai, sentiasa berusaha, kreatif dan tidak mudah putus asa.
4. berkeyakinan tinggi untuk mengotakan cita-cita yang sentiasa membara.
kita wajib berusaha bersungguh-sungguh Allah jua yang menentukannya.
chime
March 28, 2009perut yg kosong sebanarnya membuatkan manusia menjadi lebih kreatif…
Zulwaqas
March 28, 2009Kena cabar diri sendiri,cari kelemahan dan betulkan.Biarlah kita bernetworking cara internet walaupun cara konvensional kita tak boleh….
Sid Najmi
March 23, 2009Terharunya dengan kisah pak udin neh…
RM25/day?muhuhu..macam xcaya,harap2 diri ini dapat jadi secekal pak udin…
wanmus
March 27, 2009Hidup tidak pernah mudah. Kesusahan itu yang akan mengajar kita erti kehidupan sebenar. Apa pun, respect Pak Udin sebab kreatif membina peluang yang baru. Namun itulah bisnes, sekali glamer perniagaan kita, mesti akan tumbuh pesaing.
Yoji
March 27, 2009pesaing mmg byk… kena bijak mnggunakan peluang..
wanmus
March 27, 2009tapi tu ar, kekadang susah nak grab peluang sebab banyak halangan tau..
Yoji
March 28, 2009wanmus try crita skit halangan ape yg telah ko tempuhi dlm im nie… heheheheh:D
wanmus
March 28, 2009hoho..macam2 bro. semua ni bertitik mula dari jomseminar yang saya gi dulu.
Yoji
March 28, 2009tahun lepas kan… kat blog ko ade crita xhalangan2 nie… snang aku bca kat cna
wanmus
March 27, 2009Bila dah hidup macam tu, kita akan automatik mencuba sesuatu yang baru. Sikit ke banyak, kita tetap akan buat untuk sara keluarga
Julius
March 22, 2009Pengajaran utama:
1. Usaha pasti jaya
2. Kreativiti akan membuka ruang untuk lebih berjaya
Raja Kamil
March 23, 2009@Julius betul tu, usaha tangga kejayaan
zuls
March 23, 2009Membaca kisah2 macam ni memang memberi banyak pengajaran kepada kita. Kasih sayang pak udin memang patut di contohi, dari situlah munculnya kecekalan dan kreativiti.
azman76
June 8, 20091st Thanks Raja kamil memaparkan kisah Pak Kudin satu teladan yg patut di contohi sebuah negara yg agak susuah tapi beliau masih kereatif di usia senja demi utk menyekolahkan anak2nya.kita patut bersyukur dgn keadaan negara kita.berbagai cara utk mencari rezeki kini terbuka luas..asalkan ada usaha dan tidak mudah putus asa.kisah Pak Kudin menjadi motivasi kepada ku..sikap yg tak mengenal putu asa..
Sharif Dez
June 8, 2009kreatif dan cekal memang penting terutama keadaan dunia masa kini. terlalu banyak tekanan dan halangan yang membantutkan usaha seseorang apabila ingin melakukan sesuatu perkara spt berniaga. tapi jika pandai mengambil kesempatan dan kreatif, tiada yang mustahil di dunia serba canggih ini.
Md Yakub
March 8, 2009Apapun perkara kena ada cabaran, setiap yang hidup mesti mengharungi cabaran supaya kita mencapai kejayaan.
Md Yakub
(minta tolong jangan letak URL dalam post, nanti dia akan masuk ke bahagian SPAM :P)
Yoji
March 27, 2009kena jadi ahli vip dlu.. hehehe 😀
Raja Kamil
March 8, 2009@Mohd Faizul betul tu. Terkadang manusia ini selalu melupai Allah. Biasa kita dengar, “Kita seharusnya bersyukur”. Salah tu. Sebetulnya, “Kita WAJIB bersyukur”
Raja Kamil
March 8, 2009@dino, yoji terima kasih kerana bersetuju dengan saya 🙂
@Jaws huhu, betul. Kita patut bersyukur dan jangan hanyut dengan kemewahan yang tidak seberapa ini.
Jaws
March 8, 2009erm..
saya menangis membaca kisah ini..
betapa kita perlu bersyukur di bumi bertuah ini..
mereka yg ditempat lain boleh hidup jika ada ikhtiar,
tetapi kita di Malaysia ada halangan jer terus stop dan tak buat apa2..
inilah sebenarnya yang akan membunuh Melayu di Malaysia iaitu hanyut dalam kemewahan yang tak seberapa dan akhirnya kedana di negara sendiri..
kita tak boleh salahkan orang orang lain jika kedana satu hari nanti, tetapi kita kene revise balik apa yg kita buat ketika kita senang, lapang dan mewah..
Ya Allah, berikanlah petunjuk pada diri ini agar terus berusaha dan tidak hanyut dalam kemwahan duniawi yang tak seberapa ini..
Mohd Faizul
March 8, 2009Rezeki ada dimana-mana. Apa yang penting kita usaha, usaha dan usaha. Tidak lupa dengan doa sekali sebab rezeki tu datang dari Allah. So kita minta Direct dari-Nya supaya rezeki kita murah. Cepat atau lambat kita dapat itu bergantung pada usaha. Last sekali Tawakal. Inilah basic yang perlu kita pegang
Yoji
March 27, 2009tawakal mmg kena jdi pegangan hidup
yoji
March 8, 2009betul… hidup mesti ada kekuatan… xde susah, kesenangan xkan ada… melaikan orang yang bijak menyelesaikan kesusahan….
dino
March 8, 2009betul tu…pastikan hidup kita sentiasa dalam cabaran agar kita beroleh kreativiti dan kecekalan
Yoji
March 27, 2009btul dino… aku stuju
Leave A Response