
Nama : Hazwan
Motto : Kejayaan Orang Lain Tanggungjawabku
Cita-cita : Membantu semua downline mendapat pendapatan RM10k sebulan
Kelebihan : Pakar MLM
Review ini ditaja oleh saudara Hazwan, Usahawan MLM tempatan
Vemma. Siapa yang tidak pernah mendengar nama produk ini. Dengar sahaja, sudah terbayang akan khasiat produk ini. Berasaskan ratu buah, Vemma menerajui produk kesihatan tempatan dan antarabangsa. US,Australia, Singapura dan sekarang ini di Malaysia. Sudah merata-rata Vemma menjelajah memberikan peluang menikmati kesihatan yang optimum kepada sesiapa sahaja.
Alang membeli, menang memakai. Itu lah yang berlaku terhadap Vemma. Walaupun harganya boleh dikatakan agak mahal, namun kesihatan yang diperolehi tidak dapat terbayar dengan emas dan perak.
Sabda Nabi S.A.W (mafhum). Dua nikmat yang sering dilupai oleh manusia. Waktu lapang dan kesihatan.
Bila sakit, benjo special pun tak rasa sedap. Begitulah penangan kesihatan yang tidak diperolehi.
Selain daripada itu, Vemma juga didatangi dengan pakej pemasaran yang mengujakan. Menggunakan sistem pemasaran berangkai yang efektif, Vemma merupakan antara pelan MLM yang terbaik di Asia.
Lihat sahaja di akhbar-akhbar arus perdana, banyak berita yang terpampang menceritakan kelebihan produk dan pelan pemasaran Vemma.
2 perkara yang utama untuk berjaya dalam sebarang perniagaan MLM, sistem marketing yang mudah difahami dan upline yang supporting
Betullah kata pepatah, di manakan tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan MLM ini, di manakah tumpahnya kekayaan kalau tidak ke downline.
Justeru, sebelum saya bersetuju untuk membuat review mengenai produk Vemma yang terkenal ini, saya ada borak-borak dengan Hazwan.
Kata beliau, beliau amat yakin dengan sistem yang disediakan Vemma. Tambahan pula, Hazwan menjanjikan sesuatu yang tidak ada pada semua upline, SUPPORT.
Biasanya, semua nak makan sendiri. Head Hunter. Tapi, menurut Hazwan, beliau tidak akan tamak untuk ‘makan sorang’. ‘Kaki-kaki’ yang diperolehi akan di letakkan di bawah downlinenya.
Mendengar kata-kata beliau itu, saya tidak banyak soal bersetuju untuk membuat review. (saya ni cerewet orangnya:P)
Jadi anda jangan tunggu lama-lama, sertai Hazwan sekarang. Vemma boleh dipercayai ? Sudah tentu. Tapi pastikan bersama dengan orang yang betul ya.
Daftar PERCUMA di Vemma
Kesihatan Terjaga, Duit Pun Terjana 😀
60 Comments
Raja Intan Fadila
December 12, 2010Saya baru join vemma ini.. No comment
Firdaus
November 8, 2009Aku dah join vemma
memang mahal biz nie pendek kata biz orang kaya ( hanya untuk yang income RM5000 sebulan ke atas sahaja leh masuk)
kalau income kurang aku nasihat fikir fikirlah k
miznie
September 7, 2009Salam..
Perniagaan MLM.
Bagi saya perniagaan ini amat bagus sekali kepada kita semua kerana kita dapat memperkenalkan produk baru kepada masyarakat sambil mendapat keuntungan komisyen setip jualan. Sesiapa saja boleh menyertai MLM , tetapi disebabkan kerana sekarang terlalu banyak produk yang menggunakan marketing plan MLM ini dan kerugian, jadi ramai yang menganggap ianya semacam penipuan padahal ia adalah disebabkan tidak mengetahui saluran yang betul memperkenalkan produk, sasaran pelanggan dan cara memikatnya
Jadi, bagaimana caranya,
Saya ada melayari laman web http://www.330Hyper.com dan ianya adalah sistem internet yang memperkenalkan produk TERUS KE BERIBU HANDSET PELANGGAN. Ianya mudah,murah dan berkesan. Ianya umpama flyers tetapi flyers terus ke talifon pelanngan. Bukankah ianya satu lagi sistem komunikasi yang baik.
Tak salah dan tak rugi jika anda melayari web ini. Kalau rasa tak memuaskan selepas membacanya tidak mengapa.Anda tidak rugi membaca tetapi anda rugi mencuba Saya pasti anda mesti teruja. Terutamanya ajen2 MLM dan ajen insurance
Jika inginkan penerangan dan ada pertanyaan sila email saya miznie.gurlz@gmail.com @ call saya 014-3670936 atau daftar terus dengan mengguna referall username pantai80 bagi yang berminat untuk menyertainya
sekian
wassalam
Raja Kamil
September 7, 2009no comment. Sesiapa yang nak cuba, maaf, jika ada apa2 berlaku, jangan salahkan saya.
nur
June 22, 2009Maaf Jika Saya Menegur, Boleh Jadi Kawan???
Saya bukan menegur untuk ahli vemma shj. Tp pada sesiapa yang menyampaikan iklan yang menyatakan’percuma tiada bayaran’.Saya rasa sedikit kecewa bila tertipu. Ini kerana bila nak dapat duit,nak jadi ahli, nak guna servis yang di tawarkan, ia perlu bayar…
Bagi saya bila ada orang tegur kesalahan, kealpaan kita,mejelaskan sesuatu yang bertentangan dengan kita. Jgnlah marah..Tetapi, terimalah ia sebagai suatu teguran yang membina. Dan cuba berubah.
Tetapi, jika kita rasa teguran tidak ada kaitan dan kita tak salah. Tak apalah. Teruskan sahaja. Kerana kita tahu apa yang buat. Orang hanya boleh tegur. Kita ada hak terhadap diri kita. Kita susah, ada mereka tolong kita?….Dan setiap orang ada prinsip hidup. Pk Pk lah sendiri.
Di bawah ada satu keratan yang saya dapat dari seorang kawan….
————————————————————————————-
Pro n kontra vemma.
—————————
Kali nie aku nak kupas satu bisnes yang menjadi kegilaan rakyat Malaysiasekarang. Vemma. Satu bisnes MLM yang berpengkalan di US dengan laman webnyawww.vemma.com. Mempunyai laman web autoresponder sendiri bernama Vemmabuilderatau lebih senang dipanggil mesin rekrut downline yang begitu berkuasa.
Anda boleh dapatkan banyak maklumat tentang Vemma ini di laman-laman blog para ahlinya yang sibuk mencari downline masing-masing. Kenapa? Ha, nie yang aku nak bagitau nih. Pro dan Kontranya Vemma nie.
Sebelum aku bermula nie, aku dah buat pemerhatian keatas banyak laman-laman blog nie dan semasa carian dengan Pakcik Google dengan keywords ‘keburukan Vemma’ hanya ada satu sahaja blog yang serius memperdebatkan program MLM nie. Untuk pengetahuan, aku juga adalah members Vemma nie dan tujuan aku menulis nie bukanlah untuk mempromosi supaya orang join dengan aku…Mula-mula jom kita tengok Pronya bisnes Vemma nie.
• Sistem autoresponder canggih.
• Segalanya online.
• Produk yang diakui bermutu oleh pakar.
• Berciri global.
• Bonus berbagai dibayar sehingga 42%.
• Downline anda melimpah ruah di isi oleh sistem.
Cukup kot. Sebab kalau nak ikutkan yang Pronya, banyak maklumat yang kita boleh dapat. Tapi bagaimana dengan kontranya? Yang nie aku rasa akan menjadi panas sikit..:)
Sebelum aku sebut yang kontranya. Pada pendapat aku bisnes Vemma nie bukanlah untuk orang yang berpendapatan sederhana. Apatah lagi untuk yang berpendapatan rendah. Vemma adalah bisnes untuk orang senang. Lihat di blog-blog mereka, dan salesletter mereka. Bekas pekerja Maybank, bekas jurutera, bekas peguam. Yang surirumah pulak, betul ke mereka surirumah dan apa pula keje husband mereka. Untuk permulaan, kalau anda tiada RM5000 dalam poket atau takde kad kredit, jangan gatal-gatal la nak join bisnes nie.( betul aku sokong, aku dah kena…)
Antara yang kontra dalam Vemma.
• Maintenance utk autoresponder sebulan – USD19.95. ( Free jika dapat menaja 5 orang pada bulan tersebut atau membeli lebih dari Single Pack atau Double Pack).(memang tak bayar sebab, tak join lagi)
• Single Pack berharga USD90. (RM342 masa aku beli – tak pernah aku beli apa-apa air/jus/ubat yang berharga macam tu punya mahal).(sebab ena bayarlah aku tak jadi, MAHAL tu..)
• Untuk yang baru mendaftar, kena cari lagi 3 orang sebelum bonus-bonus diaktifkan. (Aku tak sanggup nak cari atau kenalkan benda nie dengan kawan-kawan aku – mahal tu).(nasib tak jd ahli, ada syarat tersembunyi lagi)
• Maintain guna tiap-tiap bulan. (Kalau tak takde la bonus).(nasib baik lg)
• Syarat untuk dapat bonus sehingga RM95,000 seminggu ialah mesti beli Ultimate Pack dalam masa 3 bulan selepas mendaftar yang berharga lebih kurang RM5,000. Selepas itu maintain dengan single pack pun takpe. Dikecualikan dari maintenance web Vemmabuilder untuk 6 bulan. (RM5,000? Boleh beli moto sebijik nie).(mak ooi….)
• Promosi gila-gila perlu dibuat untuk mendapat downline. Kalau tak, takde harapanla kau. Tak kirala, adsense, yahoo, web-web iklan dan kat mana-mana, janji dapat downline.
Lain-lain fakta sebelum anda join Vemma:
– Single Pack (USD90)
• dapat direct downline – bonus USD10
• dapat downline yang beli Ultimate Pack – bonus USD250 seorang.
• pendapatan maksimum seminggu – RM3,800.
• hanya 3 bonus diperuntukkan – fast bonus, bonus jualan dan bonus khas.
– Ultimate Pack (RM5,130)
• dapat downline yang beli Ultimate Pack – bonus USD400 seorang.
• pendapatan maksima seminggu! – RM95,000.
• ++11 bonus lagi yang diberi.
Jadi kepada mereka-mereka yang belum join Vemma, banyakkanlah bertanya kepada Upline anda tentang Vemma nie. Mereka tidak akan membantu anda mencari downline. Mereka hanya akan mengajar andabagaimana hendak mencari downline dan jadi seperti mereka.
Jadi tidak terkejutlah jika aku lihat kat Geneology aku, hampir 90% daripadanya datang dariMalaysia. Top Leader untuk bulan Mei juga nampaknya datang dari Malaysia.
Kepada yang dah dapat juta-juta ringgit tu, tahniah dan kepada yang baru join, teruskan usaha. Kepada yang belum join, buat kaji selidik banyak-banyaknya sebelum join.
Artikel lain yang menarik untuk dibaca ialah darizaharudin.net iaitu Isu Syariah dalam Perniagaan MLM.
Jadi, selamat berbisnes kepada para usahawan Vemma.
Geram kat Vemma
May 31, 2009Salam.. ye mmg betul vemma ni bagus.. tpi yg sye geram, sye bru je dftar percume, then x pasal2 upline spam sye bertubi2 sruh join.. dan x sampai sehari, email sye di spam dgn bisnes lain dgn org lain.. sye ckup jage email sye.. tpi kene spam mcm2.. bisnes tu la, bisnes ni la, tu sume reseller sisitem karut!!
Jgn ckp upline boleh spam sbb sye x subcribe pun dgn upline, sye hnye subcribe dgn vemma..
Finally my email is sold.. really hate this..
Skrg terpakse tukar email sbb byk sgt spam.. x tahan mata melihat..
p/s: RK jgn delete komen ni.. sye juge loyal reader sini.. sje sruk identiti.. ahaks.. 🙂
zuls
May 8, 2009huhu.. join free dulu, ni antara sistem yang bagus, kepada yang nak cari2 tapak MLM, sambil2 buat offline tu. buat lah online pulak. macam Vemma.Banyak sistem MLM online buat macam ni sekarang.
sharifah
May 5, 2009moh ler kita try ramai2. Apapun…..selamat berjaya
wanmus
May 4, 2009Kalu free ape salahnya try dulu
zuls
May 4, 2009MLM online? Huhu.. rasanya sesape yang buat ni sesuai baca nuku tulisan Zamri Nanyan
Yoji
May 4, 2009daftar free dah bt… ngan di beramboi…
ok la… cuma waktu xmngizinkan lgi…
juan
May 4, 2009encik yoji…kalau nak cuba, try la daftar dulu…daftar free je…. tgk2 dulu mcm mane… kalau rasa berminat nak dapat komisen, baru la bayar….
juan
May 4, 2009kita x payah buat ape2 pun…x perlu bina website ke ape ke….semua 2 x perlu…semua diorang yang bg kat kita… lepas kita buat pembayaran, kita akan di berikan 2 website… so, tugas kita, hanya perlu promote website ni la….
Yoji
May 4, 20092website cam ne tu… domain free ke… atau subdomain dia bgi
Yoji
May 4, 2009aku rasa mlm skrang dah msuk online dah… semua nak guna cara nie…. sbb senang…
juan
April 29, 2009salam… bgini… bila kita berckap pasal vemma ni, sebenarnya dia x sama dengan MLM seperti uptren, luxor…sebab MLM seperti luxor dan uptrend ni, kita perlu pergi jumpa ngan org itu ini…buat closing…menda ni mmg susah… berbeza dengan vemma…apa yang kita perlu buat ialah…hanya advertise website kita…yang lain, semua sistem vemma akan uruskan…
juan
April 29, 2009lupa…insyaAllah, sy akan bg support ngan sedaya upaya sy la bg sesape yang masuk bawah sy ni…. ingat…vemma ni, kita buat kerja online…x sama ngan MLM yang biasa2, yang kita kena pergi sana, pergi sini… jauh bezanya….
kalau sesape yang nk masuk, tp, rasa x yakin…maka, solat la iztikarah ye…
skarang ni, sy amat yakin dengan vemma….
skali lagi di ingatkan, VEMMA ni MLM secara online….dia akan bg kita 2 website…tugas kita hanya perlu advertise kan je…ni bukan MLM yang mcm biasa2 2…=)
zuls
April 29, 2009selamat berjaya hazwan
zuls
April 29, 2009wemma punya orang memang aktif guna medium internet ni. Selalu nampak kat iklan2 bidvertiser, facebook, etc. Bagus2 keep up usaha anda!
zuls
April 29, 2009MLM ni memang kena tabah buat, pastu memang kena tag along ngan upline yang bagus.
Osman
April 27, 2009Pada saya,tak kisah laa kita join MLM ke atau bisnes biasa ni, kalau kita tak produktif, tak dinamik sume xleh cari makan.
bilgo
April 26, 2009tu la.kadang2 upline yang tak bleh pakai.dia dah dapat dowline (duit dah dapat) kita yang dowline ni terkapai2
titan
April 26, 2009benda mlm ni. kene kuat semangat. downline memang akan lari klu upline tinggal bodo macam tu aje..
sharifah
April 25, 2009I cuba gak buat web n blog, tapi x menjadi..maklumla buta IT. terhegeh2 nak buat blog pun…..tapi siap gak blog tu… biasa2 ja (x secanggih mcm you all)..cuba la tengok n komen…..jangan komen pedas2 dah la…nanti berasap plak telinga. RK dah tengok blog ni.
http://riffanur.blogspot.com
sharifah
April 25, 2009Tu la…amat2 frust ngan MLM saye berjinak dengan perniagaan mee kuning. Di pasaran, mee kuning orang Islam amat kurang, so saya cube la……pi kursus di mardi…..so sekarang tengah mencuba….nanti business menjadi, saya gtau pada semua …k
ilhamputra
April 25, 2009antara ayat yg sering aku dengar.bersama kita menuju ke puncak.nasihat dari mentor aku yg berjaya dalam MLM ni.
ilhamputra
April 25, 2009betol tu sharifah.utk MLM ni perlukan usaha dan fokus dalam menjalankan menda ni.
ilhamputra
April 25, 2009aku kurang cket dengan MLM ni.tapi aku tau ramai yg telah berjaya dengan MLM.kalo kat barat menda ni dah macam kerjaya.
MohdHafizKamal
April 24, 2009MLM memang memerlukan semangat yg luarbiasa kalau join hangat2 tahi ayam yg merasa kuasa leverage tu upline lah. Jadi kena bulatkan tekat utk jd MLMer…selamat bersaing dlm dunia MLM tak kiralah Vemma ke ape ke.
sharifah
April 21, 2009Betul cakap Melayu Boleh tu….buat MLM ni memerlukan kerja 200%. Kalu setakat hangat2 tahi ayam atau tahi itek, baik tak payah. Tahniah kepada yang telah berjaya buat MLM.
Melayu Boleh
April 21, 2009kalo rase berat mulut,berat tulang memng jenis tak ramai kawan memng boleh buang maser buat MLM sbb MLM memerlukan kerja 200% .Tapi pada yang dah berjaya memng aku respect giler bukan senang nak senang woooo aper2 pon Melayu Boleh
zuls
April 21, 2009ada tak produk lain kat pasaran yang lagi tinggi antioksidan selain daripada jus manggis ni? Nak tahu gak ni.. ada gak kawan sebut pasal jus manggis itu hari
Md Yakub
April 21, 2009kalau kat pasar tak la mahal mane pun, tapi kalau jual kat vemma ni tak tau la pula
zuls
April 21, 2009produk buah manggis tu murah ke mahal?
Md Yakub
April 21, 2009Ok la, aku cube fokus pada satu2 bidang ni. tq semue
ilhamputra
April 21, 2009jgn mudah putus asa.ya fokus atas ape yg kita buat
wanmus
April 20, 2009Dalam apa jua bisnes pun, jangan mudah putus asa
wanmus
April 20, 2009Alaaa.setakat mana sangat nak limpah kalau downline pun ramai sangat
hairy
April 20, 2009bkn senang nak jd senang…. usaha tangga kecemasan,,,,
hairy
April 20, 2009hehehe..pape pon kite sume bg smagat kat hazwan…. jgn putus asa ye…
hairy
April 20, 2009kalo bkn mcm tu maknenye kene makan gula banyak2 laa baru laa ayat manis mcm kilang gula… 🙂
hairy
April 20, 2009tu laa… dorang ckp xyah cari downline…nanti dapat limpahan downline dr upline dari serata dunia,,,kalo btul ok jugak…
sharifah
April 20, 2009x payah dok susah2 buat MLM, teruskan usaha dan fokus dgn apa yang dah anda semua lakukan….macam sekarang. Jadilah seperti apa yang anda inginkan, jgn dok ikut orang…..selamat berjaya semua. (Kpd sapa2 yang baru dapat cek tu….pandai2 la berbelanja)
sharifah
April 20, 2009Saya dah masuk semua jenis MLM di Malaysia ni, dari Amway, cosway, CNI, Uptrend, HPA, bioasli dll, bak kata pepatah, sebut saja MLM semua saya dah cuba, tapi….hampeh…mungkin rezeki saya bukan dlm MLM. Dapat upline semuanya lepas tangan. Masa nak suruh join…ya ALLAH, manis mulut dan janji manis macam2. Bila dah masuk, nak minta tolong buat demo pun tak layan, suruh buat sendiri. Mcm saya kata tadi, mungkin rezeki saya bukan pada MLM. Maaf kalau saya melalut.
sharifah
April 20, 2009Dah lama betul saya tak jengah web ni…..tak sempat langsung nak jengah. Mak saya sakit dan baru saja meninggal dunia minggu lepas. Rasa rindu nak jengah semua web kawan2 yang saya dah biasa jengah seperti wanmus, zulyunus dll. OK berbalik pada topik baru iaitu perniagaan MLM. Saya nasihatkan pada kawan2 yang malas nak cari downline, tak payah la buat MLM. Nak berjaya dalam MLM, kena rajin cari downline. Kadang2 upline cakap manis sebelum kita jadi downline dia, bila dah jadi downline dia, dia wat tak tau aje lepas tu…….ini pengalaman saya. Mungkin kawan kita ni tak mcm tu kot….maafla.
wanmus
April 20, 2009Vemma ni produk buah manggis kan? buah manggis memanglah sangat berkhasiat. tp lagi bagus kalau makan fresh..
wanmus
April 20, 2009Benda MLM ni kalau tak semangat cari ahli, memang tak usah nak bermimpi jadi kaya lah
wanmus
April 20, 2009xpe bro Md Yakub, sy bagi peluang..hehe
Md Yakub
April 20, 2009tul gak tu, tapi saya lak kurang minat bende ni. Sebab tak berjaya la…hehehehe
ilhamputra
April 20, 2009kena fokus atas ape yg kita buat.banyakkan usaha dan bertanya jika tak tahu.
ilhamputra
April 20, 2009ramai dah berjaya dgn menda ni.ade otai vemma ni dari ahli wc gak.
ilhamputra
April 20, 2009pernah gak dgn vemma ni.dah banyak org join vemmma.iklan dia tersebar kat mana.kadang2 sampai 4-5 iklan jat paper.
Md Yakub
April 20, 2009saya jenis malas nak cari downline ni, sebab banyak sangat kerenah orang.
Md Yakub
April 20, 2009bende ni la yang memeningkan kepale
hairy
April 20, 2009dari dulu kaji benda ni,,, boleh ke dapat income tanpa menaja…. ??
Md Yakub
April 20, 2009Apa kelebihan yang boleh diperolehi bile kite masuk MLM ni, mmmm….tunggu pendapat kekawan la.
Md Yakub
April 20, 2009Vemma bagus untuk kesihatan, dan bagus untuk jana pendapatan lumayan. Vemma ni salah satu cabang MLM la, jika nak buat Vemma ni kena ade jurupandu, baru leh berjaye.
Md Yakub
April 20, 2009Hari ni saya mendahului Bro WanMus untuk komen yang ni lak…hehehehe
Leave A Response