
Dalam dunia perniagaan internet ini. Ada 2 pelaburan yang anda akan laburkan. Iaitu, masa dan duit.
Ada kalanya anda hanya perlu melaburkan duit sahaja, adakalanya masa sahaja dan adakalanya kedua-duanya serentak.
Apa yang menarik tentang perniagaan internet ini ialah, kuasa memilih adalah 100% di bawah kawalan anda.
Anda boleh memilih samada untuk melaburkan masa atau duit atau kedua-duanya sekali. Dalam post kali ini saya ingin membawa anda untuk mengenal pasti, bilakah pelaburan-pelaburan ini perlu digunakan.
Tidak semua keadaan anda perlu melaburkan duit, dan begitu juga masa.
Duit
Anda akan membuat pelaburan duit jika anda inginkan sesuatu berlaku dengan segera. Orang kata, ada duit, jalaaaaan.
Ya, memang betul pun. Katakan anda ingin memulakan perniagaan menjual epal di internet. Nak buat website, upah orang. Domain dan hosting serahkan pada orang. Urus sana, urus sini, upah je orang. Nak import epal, minta agen uruskan. Pendek kata anda hanya tinggal untuk kira berapa keuntungan yang anda akan terima.
Menarik bukan ? Senang betul kerja macam tu. Sebab itu kata-kata “Money make money” kadang-kadang betul.
Walaubagaimanapun;
Oleh kerana semuanya anda upah orang, justeru anda memerlukan perbelanjaan yang besar. Itu tidak termasuk lagi
jumlah $$$$$$ yang anda kena tipu. Maklumlah, anda tidak tahu apa-apa. Cukup bulan, anda hanya tunggu keuntungan
masuk.
Model pelaburan begini hanya sesuai apabila anda :
-mengetahui dengan mendalam, setiap langkah yang perlu dibuat walaupun anda mengupah orang. Hatta membuat laman web,
anda perlu tahu, perbezaan website beharga RM100 dengan RM10 000.
-bijak menguruskan aliran tunai. Jika tidak, untung lebur, modal lesap.
-mestilah mempunyai sejumlah dana yang besar
Masa
Baiklah, jika di atas, anda melaburkan duit. Dalam bahagian ini, saya akan tunjukkan apa itu pelaburan masa.
Kita mengambil internet bisnes sebagai case study. Sama juga dengan kes di atas. Anda ingin menjual epal secara online.
Anda tahu, anda memerlukan laman web. Andapun belajarlah sendiri. Mula-mula anda cuba menguasai penggunaan blogspot, kerana
ianya free. Kemudian, anda cuba mempelajari bagaimana membina laman web sendiri. Kemudian, bila ada duit sikit, anda beli
domain, hosting. Anda ambil masa untuk belajar apa itu FTP, HTML, itu lah ini lah. Untuk website sahaja anda mengambil masa
2 ke 3 tahun. (ada bunyi-bunyi macam pengalaman anda sendiri ke? :P)
Seterusnya, anda menghabiskan masa untuk mempelajari SENDIRI, apa itu import eksport. Bagaiamana nak berurusan dengan kastam dan lain-lain. Di situ, anda mengambil masa 1 tahun.
Pendek kata, bagi mereka yang memilih model pelaburan masa ini, banyak masa yang dihabiskan. Semuanya eksplore sendiri.
Untuk membina SATU perniagaan internet sahaja, mungkin memakan masa sehingga berpuluh-puluh tahun.
Sesuai untuk :-
-mereka yang tidak mempunyai sebarang dana
-berjiwa kental. Ada orang, separuh jalan sahaja, kemudian putus asa
-cepat belajar. Lagi cepat anda belajar satu-satu perkara, lagi pendek masa yang anda akan laburkan
Duit & Masa
Pelaburan jenis ini bersikap pertengahan. Ianya sesuai untuk kebanyakan orang. Saya masih ingat lagi, 4 tahun yang lepas, rujukan-rujukan berkaitan perniagaan internet dalam bahasa Melayu, hampir-hampir tiada.
Tidak seperti sekarang, cakap sahaja, medium apa yang anda mahu, ebook, buku, seminar, CD, DVD, video, audio, pendek kata semua ada. Beruntung betul anda.
Pelaburan duit yang anda perlu buat ialah, mendapatkan ilmu tersebut.
Pelaburan masa yang anda perlu lakukan pula, ialah mengikut satu per satu apa yang diajar.
Orang kata. Kalau nak berjaya, ikut cara orang dah berjaya.
Apa maksudnya? Maksudnya ialah, anda copy dan paste sahaja apa yang orang lain buat.
Bukan copy paste, artikel dalam blog saya ni, kemudian anda letak dalam blog anda :P.
Sebaliknya, copy dan paste apa-apa tindakan yang dilakukan oleh orang yang berjaya.
Dengan cara demikian, anda bukan sahaja dapat menjimatkan duit anda, malah anda juga dapat menjimatkan masa anda.
Jika anda ingin mempelajari cara membina laman web, belilah produk yang mengajar anda cara membina laman web.
Jika anda ingin mempelajari apa itu perniagaan internet, belilah produk yang berkaitan.
Anda boleh mencontohi mereka-merka yang dah berjaya.
Saya tahulah, sebab saya pun pernah beli produk yang beliau hasilkan. 😛
114 Comments
ijamidayu
April 1, 2009AKu nampak benda baru kat blog NIE!!! RK terkaya diblog nie.. Wah!!! Apa pun.. Blog die.. Mesti la dia terkaya..
Takkan IJAMIDAYU dan YOJI lak.. 😀
rajakamil
April 1, 2009Hahaha, betul tu….sukahati akulah nak jadi terkaya….bro…jom lah join Ahli VIP ? Point2 tu boleh guna untuk redeem cash 🙂
yoji
March 31, 2009jadi guna la duit dan masa dengan bijak
ijamidayu
April 1, 2009Yergh!! Penting 2 bro.. Thanks 4 sharing.. 😀
ijamidayu
March 31, 2009Komen aku tak jumpa.. Tapi naik mendadak…
ijamidayu
March 31, 2009Mana la depa nie.. tapi komen mencanak..
ijamidayu
March 30, 2009Setiap perkara memerlukan pelaburna.. Oleh itu.. Ini semua terpualng kepada kita sendiri untuk memilih…
Apa pun, jika masih student dan kekurangan wang.. Gunakan kekurangan utk menjana pendapatan..
Nie aku belajr dari rakan2 IM jugak..
Seperti RK, Matzis,catzer dan ramai lagi…
Thanks 2 all..
alone
March 12, 2009ya. langkah yang bijak ialah dengan menduplikasikan teknik mereka yang telah berjaya dan mencampurkannya (blend) dengan style sendiri.
duit dan masa tu dua benda yang sangat berkaitan.
kadang2 ada org yang xnak keluarkan modal, tapi nak berjaya dalam masa yang singkat. xboleh la camtu.
kena keluarkan modal, dan dalam masa yang sama, ambil masa untuk rancang strategi dan melaksanakannya.
ijamidayu
March 27, 2009Aku mula paham tentang buat duit di internet nie..
Bukannya masa dan wang sahaja.. Kebijaksanaan kita juga penting..
Jika tidak bijak guna wang dan masa… Tiada juga hasil..
Ada masa tiada wang.. Bijak guna peluang dan ruang… Ha!!! Mantop gak hasilnya.. 🙂
rizalsaid
March 28, 2009betul kita kena guna kebijaksanaan juga utk berjaya ditambah satu lagi kekreatifan. ( tak tahu aku samada perkataan kekreatifan ada ke tak dlm kamus dewan bahasa)
zuls
March 29, 2009huh macam pantun! mantap ayat.
zuls
March 28, 2009teknik duplikasi? otai MLM selalu sebut ni.
ijamidayu
March 29, 2009Mana2 pun.. Kita perlu duplikasi.. 😀
rizalsaid
March 29, 2009duplikasi tu betul sistem tu tapi bukan semua orang reti nak duplikasi…kebanyakkan dupli tapi tak mau kasi.
zuls
March 29, 2009ada yang bukan duplikasi, tapi plagiarized lak. Tiru pos orang tapi tak bagi credit kat penulis asal. Harap2 aku tak termasuk dalam golongan ni.
hairy
March 12, 2009Topik Menarik Tapi Makan Dalam..hehehe
mcm saye plak kalo nak ckp MLM tu Mau Dekat Rm 3000 jugak Lebur..Blum Campur Duit Minyak Ngan Mkn Minum Prospek..huhuhuhu.. 🙁
Kalau ebook ..hehehe rasenye Banyak Jugak La… ape pun xdapat… 🙁
pape pun Usaha Tangga Kecemasan.. Eh Silap.. Kejayaan.. 😛
toloooong laa beri tunjuk ajar…. 🙁
p/s kasimo tu org perak jugak ke… ate nape xdipelawe … 😛
ijamidayu
March 27, 2009MLM ka apa.. Semua ada kepercayaan tersedniri utk berjaya..
Semua perlukan USAHA.. Tiada USAHA tiadalah HASIL YOP!!!
Apa pun pada aku, semua perlu dicari dan dipelajari dan dipraktikkan..
p/s : KAsimo org Lahad Datu, Sabah
rizalsaid
March 28, 2009kadang kadang kita gagal mencapai matlamat ialah disebabkan fokus kita tak constant…kejap kekiri kejap keatas. itu yg tak sampai garisan penamat.
ijamidayu
March 29, 2009Yes betoi 2 bro.. Apa pun.. Keep on focus la masalah aku skrg.. Apa pun, akan aku usahakan jua.. Seperti apa yg dikata.. 😀
rizalsaid
March 29, 2009teruskan usahamu ijamidayu, moga kemenangan dlm genggaman mu.
isk aku pun nak menang gak. isk isk isk
zuls
March 28, 2009saya pun pernah join MLM, setakat ni balik modal, balik modal jer berenti, masa habis banyak sangat
ijamidayu
March 29, 2009Masing2 ADA focus dan matlamat masing2.. RUmah tepi pantai sanggup harung ombak.. 😀
Paham2kan.. 😀
rizalsaid
March 29, 2009rumah tepi pantai tak per lagi, kalu rumah tengah laut lagi brutal!
zuls
May 11, 2009huhu.. Yojipun apa kurangnya..
Leave A Response