Pengalaman Mula Bisnes Produk Fizikal Di Internet

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Sekarang ni, saya tengah sibuk membantu meng-setup bisnes produk fizikal isteri saya.

Kalau ingat, dalam post sebelum ni, saya ada beritahu projek yang isteri saya nak buat tu.

Rujuk post ni : Isteri seorang usahawan, belum tentu seorang usahawan.

 

Alhamdulillah, dah beberapa bulan berlalu, dan isteri saya masih seronok buat bisnes dia ni,
walaupun sekarang ni, banyak ‘menunggu’ tak buat apa-apa, tapi di belakang tabir, hari-hari orang tanya tentang produk yang isteri saya buat.

Ok.

Untuk pemilihan produk, isteri saya ikut je tip yang saya pernah kongsikan sebelum ni.

Try baca post ni, osem giler kot (kata si isteri) : Ciri-ciri bisnes yang berpotensi menjana RM10 juta

 

Dalam post ni, saya nak kongsikan step step yang kitorang ambil.

Disclaimer : Bisnes ni, belum kategori berjaya lagi, tapi saya nampak dia ada potensi nak berjaya lah. (doakan kitorang ye).

Langkah Pertama

Mula-mula yang isteri saya buat ialah, buat produk research. Masa fasa ni, isteri memang tak tahu nak meniaga apa. Masa tu, niat dia satu je, nak tutup mulut saya yang selalu membebel, “buatlah bisnes, buatlah bisnes”. Hahaha

Try tengok produk hot, tak berkenan. Sebab takde CENTS (rujuk post ni).

Fikir punya fikir, akhir sekali, isteri saya decide, nak senaraikan masalah yang dia sendiri hadapi.

Kebetulan, sekarang ni, isteri sedang mengandung.

So, antara masalah yang dihadapi, ialah, masalah nak beli pakaian yang sesuai untuk orang mengandung.

Cuba pergi pasaraya dekat dengan rumah, memang tak jumpa lagi butik jual pakaian mengandung.

Tanya kawan-kawan, mana diorang beli, diorang biasanya akan pergi kat butik-butik Seksyen 7 Shah Alam, atau Bangi Central.

Dekat situ isteri saya ada masalah.

Dia ni bukan jenis kaki shopping. Lepas tu, tak suka tempat butik-butik ni. Dia kata, POYO. haha…

So, dia try cari online. Ada rupanya orang jual kat online.

Masalahnya, pergi kedai online sana, sini, produk yang diorang jual, lebih kurang sama. Mungkin satu supplier kot.

So, kalau jenis wife saya ni, (rasanya kebanyak orang perempuan macam tu kot), dia tak suka, ada orang perempuan lain, pakai pakaian sama macam dia. haha.

Kalau nampak orang pakai tudung sama, sanggup patah balik, tak nak terserempak dengan orang tu.

Hehe …

So, kat situ, nampak masalah yang ada.

Dan, bila ada masalah, adalah penyelesaiannya.

Cari punya cari, kat internet, senarai supplier pakaian mengandung, akhirnya, jumpa supplier yang ada jual design pakaian yang tak ramai jual, dan harga berpatutan.

Orait, next …

 

Langkah Kedua

Ok. Langkah kedua, ialah, nak confirmkan, ada permintaan atau tak. Orang biasa cakap, “ada market ke tak”.

Jadi, macam mana nak buat?

Bab ni, saya mainkan peranan.

Saya minta wife buat page. Kemudian, dia buatlah page.

Lepas tu, saya minta dia update post kat page tu, juga buat satu post, letak gambar produk yang nak dijual tu.

Kiranya, buat post promosi.

Lepas tu, saya tanya wife, apa ciri-ciri prospek untuk bisnes dia ni.

So, dia senaraikan semua ciri-ciri propsek, dan saya buat FB Ads, promot post tadi tu.

Bagi post tu berjalan seminggu, dan tengok macam mana.

Kalau anda tak pernah buat FB Ads, serius, skill ni penting kot. Kat sini, saje, saya dapat jimat beribu-ribu ringgit. (nanti saya cerita).

Kalau nak belajar setting FB Ads, cara saya, boleh dapatkan panduan ni.

Klik sini >>> FB Ads Untuk Newbie

 

Saya run FB Ads dengan kos rendah, kepada target prospek. Selepas seminggu, tengok feedback macam mana.

Untuk langkah ni, saya buat 2 ads. Okaylah. Dapatlah lebih 10 komen keseluruhannya. Dan ada juga beberapa whatsapp.

 

Ni masa saya mula-mula buat ads. Buat post bergambar.

 

Ni masa saya buat video. Saya tengok iklan macam slow je, buat bentuk video pulak.
View banyak, tapi respon kurang. So, decide nak proceed guna data yang dah dapat.

 

Bila saya buat ads, walaupun respon slow, saya tak rasa rugi, bahkan saya akan dapat 2 perkara ni.

  1. Data FB Ads
  2. Respon pelanggan. Contohnya, View banyak, tapi respon kurang. Maksudnya, ada something wrong dengan copywriting yang saya buat

Masa buat ads ni, kitorang sebenarnya dapat sorang customer. Dalam langkah ketiga, kitorang closed customer tu.

 

Langkah Ketiga

Beli produk dan buat jualan.

Ok, Daripada feedback iklan sebelum ni, kitorang decide nak try jual produk tu.

So, kitorang jumpa supplier, dan nak ambil terus banyak. Ye lah, nak buat serius kan ….

Tapi, isteri saya tiba-tiba rasa cuak. Fikiran saya masa tu ialah, isteri saya mungkin cuak, sebab ni first time, nak buat bisnes.

Kemudian wife bagi reason, kita beli je sikit dulu. Mahal pun takpe. Kita cuba dapatkan dulu pelanggan.

Kalau betul-betul ada, baru order banyak-banyak.

So, kitorang pun belilah lebih kurang 10 pasang pakaian tu. Harga, memang mahallah kitorang dapat.

So, fasa ketiga ni, objektif dia, NAK BETUL-BETUL CONFIRM DEMAND !.

 

Ye lah, bukan apa. Kat FB ni, pelanggan jenis sembang kencang. Bila tanya siapa nak beli.
Ramai je PM PM PM, BERMINAT, NAK  kat komen atau PM.

Tapi, bila minya bayaran, diam seribu bahasa. huhu

So, reasoning wife saya tu, masuk akal juga.

 

 

Langkah Keempat

Kalau sebelum ni, buat post dummy, sekarang ni, saya minta wife buat post betul-betul punya.

So, wife guna Teknik 4:1

Teknik 4:1 ni ialah.

=======

Content
Content
Content
Content
Selling
———–

Kiranya, dalam 1 post tu, kita share content. Tips ke, petua ke, panduan ke, apa-apalah. Dihujung post, baru promot produk.

Orait.

Lepas buat post ni, saya pun, buat FB Ads, promot post tu.

Kalau sebelum ni, respon suam-suam je. Post kali ni, dasyat. Kiranya berkesanlah post ni.

Cumanya, apa yang berlaku ialah …. diorang memang nak beli produk kitorang, tapi nak design lain.

Dan design tu, kitorang tak expect pun ada sambutan.

Kiranya, masa buat post tu, gambar yang wife upload tu, terupload sekali, design yang kitorang takde tu.

“Fuh …. nasib baik kitoran tak beli banyak-banyak stok haritu”

Produk yang asalnya nak jual, sambutan tak banyak sangat.

 

Asalnya, nak jual produk A, tapi, orang tanya produk B.

 

Langkah Kelima

Disebabkan, dah confirm, sambutan untuk produk pertama kitorang, tak banyak.

Kitorang, decide, nak ulang balik Langkah Kedua.

Kali ni, guna gambar produk yang orang tanya haritu.

 

Ye lah, walaupun sebelum ni, prospek kata berminat tapi kitorang still lagi berhati-hati, nak betul-betul confirm.

So, lepas up post produk yang baru ni.

Saya buat FB Ads.

 

Seperti yang dijangka, sambutan menggalakkan. Mungkin, lebih daripada menggalakkan, sebab bila wife kata, belum ada stok, ada yang nak bayar dulu, sebab takut stok habis. Ni baik punya pelanggan ni.

Bukan sorang, tapi ramai juga yang cakap macam tu.

 

Masa ni, boleh je, kitorang nak ambil Pre-Order, pelanggan bayar dulu, nanti produk dah sampai, baru hantar.

 

Ni masa kitorang buat post, khas untuk promot produk B. Oklah sambutan dia, daripada produk awal-awal dulu.

 

Langkah Keenam

Sourcing produk.

Ok. Kenapa kitorang decide untuk tak buka pre-order? Sebabnya, ialah, produk ni takde kat supplier.

So, nak tak nak, kena order kat kilang dia. Kat China.

Masalahnya, ialah risiko kalau produk tu tak sampai, kualiti tak seperti yang dijangka.

Lagi berganda, kalau buat pre-order.

End up, kitorang decide, tak buat pre-order, guna duit sendiri je beli produk tu.

So, untuk sourcing ni, saya sendiri, first time, beli produk daripada China, untuk jual balik.
Sebelum ni, beli untuk guna sendiri, atau buat dropship je.

Untuk beli barang kat China, saya follow panduan borong china je.

Klik sini >>> Panduan Borong China

 

Langkah Ketujuh

Sekarang ni, kitorang tengah tunggu barang sampai.

Sementara ni, apa yang kitorang buat? Biar je ads jalan, dan collect database. (yang whatsapp tu, kitorang simpan no phone)

 

UPDATE : Masa tengah edit post ni, tiba-tiba bunyi hon. Rupanya van Pos Laju. Dan rupa-rupanya, produk kitorang dah sampai. Huhu, kotak kecil je lagi.

Langkah Kelapan

Kalau sebelum ni, kitorang guna gambar daripada supplier je. Kali ni, kitorang nak guna gambar sendiri je.

So, lepas ni, apa yang nak buat, upload post, bagitau produk dah sampai. Followup balik, diorang yang dah tanya pasal produk sebelum ni.

 

Kiranya step ni, lebih kepada nak Confirmkan demand.

Kita hanya boleh confirm demand, bila ada transaction berlaku. Maksudnya, orang beli produk kita, bayar kita.

Oklah, abam & hakak nak sambung kerja balik.

Fuh ….. doakan bisnes ni berjaya.

Ada soalan? Tanya je kat komen. Nanti free, saya jawab.

 

 

Itu je lah dulu sedikit coretan tentang pengalaman bisnes baru isteri saya ni.

 

About The Author

Raja Kamil

...

6 Comments

  • Amir Mazlan

    Reply Reply May 1, 2018

    pun tengah bercita-cita nak borong produk dari china..produk untuk haiwan peliharaan.

    untuk langkah keenam tu, rasanya saya akan buat macam rk.

    beli guna duit sendiri dulu.

    tak berani nak buat pre-order..takut pelanggan ternanti-nanti sebab tengok estimated time tu ada yang sampai 2-3 minggu baru boleh dapat produk.

    dan opkoz satu lagi, takut barang tak sampai..tak pasal-pasal nanti kena kejar dengan kastemer suruh bayar balik duit 🙂

  • Ksjb

    Reply Reply April 7, 2018

    Ada peniaga lebih suka guna google adwords untuk perkenalkan produk. Saya takde FB so saya selalu nak cari produk tengok kat google je. Bila bisnes dah maju nanti boleh buka kilang buat sendiri pakaian ibu mengandung dan letak jenama sendiri. Perkenalkan di go shop dan wow shop insha Allah hasil jual meletup.

  • Hasan

    Reply Reply March 13, 2018

    Terbaik tuan. Siap ajar bini niaga. (Y)

  • Lisa Naim

    Reply Reply March 8, 2018

    Assalamualaikum tuan.
    Ada soalan mengenai validasi produk sebelum nak jual.

    Seandainya niche yang kita minat adalah produk kesihatan spt vitamin tetapi mahu cuba validate produk education.cth buku rujukan bahasa inggeris

    Bagaimana caranya?
    Adakah perlu buat akaun fb personel/ fb page untuk seeding content tentang education?

    Dan jika mahu validate produk jamu wanita.. adakah perlu buat akaun fb yang baru untuk seeding content tentang jamu pula.

    Mahukan pencerahan. Terima kasih tuan.

    • Raja Kamil

      Reply Reply March 13, 2018

      Kalau pelanggan dia orang yang sama, boleh sekalikan.

Leave A Response

* Denotes Required Field