
Assalamualaaikum dan salam sejahtera. Wahh..ni kali pertama dapat menulis dalam blog terhangat ni.. Tajuk ni bukan apa, saja just nak menjawab persoalan yang biasa ditanyakan oleh newbie..kekadang yang dah lama pun masih bertanya sebab tak pernah dapat bayaran dari internet.
Kerana apa? Banyak sebabnya..saya pun baru dapat pulangan lepas setengah tahun berblog. Tapi, lepas tu alhamdulillah tiap-tiap bulan dapat bayaran walaupun taklah amaun yang besar sangat. Jadi, untuk anda juga berjaya, saya nak kongsi sedikit tips walaupun sebenarnya dah ada im yang berkongsi tips ini. Tips ni untuk yang nak buat duit dengan blog ataupun tanpa blog :
1- Buat blog yang anda minat dan bukan syok sendiri
Jika anda memilih untuk buat blog, buatlah mengikut minat anda tapi jangan terlebih syok sendiri. Maksudnya? Maksudnya janganlah post berpuluh-puluh tentang perkara yang orang tak cari atau dah lapuk kecuali tentang sukan, artis atau hiburan. Kalau teknologi, buat ape nak cerita perkara lama kecuali untuk masuk muzium atau rujukan budak sekolah. Buatlah post tentang perkara terkini atau yang sentiasa mendapat permintaan ramai. Jika anda minat hiburan, ceritalah tentang perkembangan hiburan terkini. Kalau politik, tulislah tentang politik terkini.
2- Fokus pada niche berkaitan
Fokus pada niche atau tema yang berkaitan minat anda atau yang menjadi permintaan ramai. Fokus ni bukanlah maksudnya tumpu pada satu-satu cerita je, tapi pelbagaikan cerita untuk niche yang sama. Contohnya target niche blog anda adalah handphone, tapi anda ada juga cerita tentang resepi makanan..kan tak kene tu..tapi tak salah jika itu yang terhangat masa tu (untuk tarik trafik ke blog anda). Saya gunakan teknik ni masa malam ABPBH’08 yang lepas (13 April 2009) . Sebaik sahaja Nabil diumumkan pemenang Bintang Popular, terus saya wat post tentang nabil menang ABP dan akhirnya cuba semak di google kedudukan blog saya untuk “nabil bintang popular abpbh”. ๐
3- Motivasikan diri anda
Jangan mudah putus asa. Sentiasa motivasikan diri anda untuk bersabar menunggu dan bersabar dengan pelbagai cabaran dunia it ni termasuk kalau internet slow lagi-lagi kalau guna snailmyx (streamyx) tu.. ๐
4- Dapatkan guru atau panduan
Kalau anda berkemampuan, dapatkan panduan atau ebook yang berbayar yang menunjukkan kepada anda step by step bagi memudahkan anda. Nak lagi mudah? Cari guru kerana dia akan ajar tips dan teknik khas yang cepat dan mudah tapi ada guru yang ikhlas dan ada yang perlukan sedikit modal. Bro RK tu antara guru yang bagus..kejarlah dia..hehe
5- Ikuti perbincangan/seminar atau forum
Sertai mana-mana forum atau portal di internet dan kebanyakkanya free je nak join. Nak wat apa? Untuk kita semak perkembangan dunia internet marketing sekarang ni. Kekadang ada jugak peluang buat duit yang dibincangkan..Nah..free-free je anda dapat info
6- Buat kajian
Untuk mendapat lebih pulangan, selalu lah buat kajian samada yang free atau berbayar. Boleh guna google trends atau sebagainya. Kenapa? Sebab, trafik yang banyak pada perkara terbaru dan terhangat. Jika blog anda menceritakan tentang perkara terhangat masa tu, pasti berduyun stok trafik masuk ke blog anda.
7- Promosi ikut bajet
Email, mailing list, web sosial, portal, forum atau di web iklan, lakukan promosi secara yang anda mampu. Jika ada email kawan-kawan, promosi kat mereka tapi jangan banyak kali sangat, takut diorang meluat dan jauhkan diri dari anda. Kalau nak letak iklan di portal atau forum, leh letak di bahagian signature atau yang berbayar. Pilih yang berpatutan..
8- Mulakan dengan tanpa modal
Jika tanya saya, tolong mula dengan tanpa modal. Kenapa? Sebab risau anda tak dapat pulangan dan anda akan putus asa. Ini dah banyak terjadi pada newbie atau bakal im yang masih baru nak mula. Banyak peluang buat duit yang percuma seperti affiliate, PPL, survey dan sebagainya.
Di blog saya, aya juga ada ceritakan Teknik Dan Cara Buat Duit Free Di Internet
Dari,
– Penulis ebook Panduan Buat Duit Percuma Dengan Survey Youthsays
– Laman web: Wanmus.Com, Myekamus.Com, DuitSurvey.Com, Asasminisite.Com, JOMHosting.Net
42 Comments
Sembang hari2
February 23, 2011Salam..
Raja Kamil, Izinkan saya mencelah..
Saya rasa agak terkilan membaca komen rakan-rakan.. Sebenarnya mudah untuk menjadi seorang blogger.. Tapi bukan mudah nak dapatkan duit secara percuma melalui dunia blog..
Duit takkan datang kepada kita tanpa ilmu dan usaha..
Setakat hari ini memang diakui saya ada mendapat sedikit wang melalui blog saya.. Tapi taklah sampai beribu-ribu ringgit.. Tapi jadilah.. Disebabkan pendapatan (wang ringgit) melalui blog hanya merupakan pendapatan sampingan..
Pendapatan utama yang saya mahu perolehi melalui blog adalah memberi sebanyak mungkin informasi kepada pengunjung blog…
Saya cuba memberi hadiah, hadiah dan juga hadiah kepada pengunjung-pengunjung blog saya.. Kalau pengunjung blog saya tak beli apa-apa melalui blog saya pun tidak mengapa.. Yang penting mereka gembira dengan setiap informasi yang diberikan..
Setakat ini saya ada menghasilkan 2 buah ebook yang diberikan secara percuma kepada pengunjung blog saya.. 2 ebook tersebut berjudul:
1) Mencari Sumber Pendapatan Di Internet
2) 7 Strategi Tambah Wang Saku..
Kalau ada sesiapa yang rajin nak baca, silalah berkunjung ke blog saya..
Raja Kamil
February 23, 2011@sembang. Sabarlah. Bukan semua orang mempunyai kemahiran macam kita. Jadi, kita jangan jemu mendidik mereka.
sofea
December 22, 2010Norhanum,
kita kalau nk bisnes internet – fokus pada 1 bisnes je. nanti senang hAndle, n tersusun..
ain
November 4, 2009yeke duit free klau byk sangat duit buktikanla bg kita rm100kr muahaha
cikinaka
June 18, 2009salam…
terima kasih atas tips2 yg diberikan….
norahanum
June 17, 2009Saya telah mencuba making money from internet hampir 3-4 tahun. Sehingga kini saya belum lagi mendapat apa-apa hasil dan saya juga tidak fokas kepada sesuatu kerana bila jumpa yang baru belajar pulak yang baru.
bilgo
May 23, 2009herm,nak tulis apa tu bro Zuls?
zuls
May 19, 2009bilgo pun boleh tulis juga kalau mahu
bilgo
May 19, 2009betul tu.sambil2 tu bleh tukar2 pendapat dan ilmu. ๐
zuls
May 19, 2009@pendekargrafix apa lagi tuan pendekar, dah dua orang mintak ni.
zuls
May 19, 2009@wanmus, betul tu .. memang begitulah sifat Ilmu, makin dikongsi makin bertambah
wanmus
May 18, 2009@pendekargrafik, hantarlah post share skit tentang grafik..tak banyak pus, sikit pun xpe bro
wanmus
May 18, 2009Saya share ilmu dan pengalaman yang ada dalam diri ni walaupun tak seberapa.tapi ilmu bila dikongsi akan bertambah..
zuls
May 18, 2009@pendekargrafix.. huh.. bila lak pendekar grafik nak hantar artikel pasal grafik lak?
ilhamputra
May 18, 2009belajar dengan penuh minat.
pendekargrafix
May 18, 2009power la wanmus. ilmu yg sangar berguna untuk macam kitaorg ni
zuls
May 12, 2009@wanmus yer bro betul tu, huhu.. No pain no gain?
wanmus
May 12, 2009Alaa bro, saya dulu pun belajar dari nothing n sekarang pun masih belajar teknik dan rahsia sebenar..so sama-samalah kita belajar ek
zuls
May 12, 2009jom sama2 kita belajar
ilhamputra
May 12, 2009aku pon newbie lagi ni.thanks for the tips
zuls
May 12, 2009hoho.. gerun nak cari duit free, asyik tengok wanmus ada kat top affiliate PPL
Bilgo
May 11, 2009kaut pakai tanguk.tak pun pakai pukat tunda,hehehe.dapat banayak sket
wanmus
May 11, 2009kalau dah kaut tu, mesti tangki simpanan besar tu bro..hehe
zuls
May 11, 2009kaut jangan tak kaut.. dah kaut jangan tumpah
wanmus
May 11, 2009amboi abdfatah..kaut duit tu..hehe..takpe bro dah otai..
abdfatah
May 9, 2009yea yea memang sukar untuk buat duit dengan internet. namun kalo kaut duit dari internet memang mudah…
zuls
May 9, 2009yer2 betul tu.. selalu2lah lawat.. RK suka buat contest
wanmus
May 8, 2009hehe..rugi joh tak lawat sini selalu
johnjimat
May 8, 2009lame da xlawat cni.. seb bek jumpe. nk tgk note blk kat cni huhu
Raja Kamil
May 8, 2009terima kasih sudi datang blog saya ๐
wanmus
May 8, 2009ooo..hehe..takpe, dari tulis blog ke tulis buku
zuls
May 8, 2009@wanmus, sebenarnya utk tulis blog je.
wanmus
May 8, 2009hoho..zuls nampaknya nak menulis buku tu..hehe..gudluck bro
zuls
May 8, 2009huhu.. bersemangat punya pasal , baru jer beli buku pasal penulisan. Ntah lupa tajuknya – tip2 menulis buku bestseller rasanya..
wanmus
May 7, 2009Insyallah..saya pun masih banyak nak belajar..
Bilgo
May 7, 2009@wanmus.sama2.nanti sudi2 la ajarkan kami yer
wanmus
May 7, 2009ala zuls..boleh je slow2 belajar
zuls
May 7, 2009@wanmus, aku baru nak belajar2 menulis.. dah konfiden sikit boleh la hantar ke sini..
wanmus
May 7, 2009@bilgo, terima kasih. Saya just berkongsi dari pengalaman yang tak seberapa saya ni dan harap dapat membantu lebih ramai im baru di malaysia ni
wanmus
May 7, 2009Sama-sama zuls. Ilmu kalau diajarkan akan lagi bertambah..
Bilgo
May 7, 2009@wanmus berguna langkah2 yg anda bagi ni.terutama kepada kami yg baru lagi.
zuls
May 6, 2009wow, akhirnya .. wanmus menyampaikan ilmunya.. hehe. terima kasih wanmus
Leave A Response