Tips Atasi Bisnes Sendu

Tak sampai sebulan lagi, sebelum tahun 2022 melabuhkan tirainya.
Apa yang dah dicapai pada tahun ni?

Jangan Down

Ada 3 keadaan bisnes sekarang ni.

  1. Meningkat
    Alhamdulillah dan tahniah, jika bisnes anda meningkat tahun ni. Nasihat saya, keuntungan yang ada tu, belanja secara berhemah. Jika ingin berkembang, tambah cawangan, slow down dulu.

    Ramai kawan-kawan saya, bisnes mereka melonjak naik pada waktu PKP, bila bisnes maju, terfikir nak buka kedai baru, tambah cawangan baru, bawa masuk projek baru. It’s ok, until it’s not.

    Nak berkembang, ok je. Tapi, buat kira-kira dulu. Hanya gunakan 20% daripada duit yg ada untuk berkembang, lagi 80% tu, simpan cash.

    Kalau nak berkembang, cuba explore grant, atau loan perniagaan dengan kadar murah daripada pakej ransangan ekonomi oleh kerajaan.

    Cash yg ada, simpan.

    Pada pendapat saya, sekarang bukan masa yg tepat untuk agresif.
    Tapi tu pendapat umumlah, jika anda ingin berkembang dan mempunyai data dan fakta kukuh untuk menyokong perkembangan tu, be my guest.
  2. Maintain

    Sebenarnya, kalau bisnes anda maintain je, tak bertambah, tak berkurang, pada saya, itu dah cukup bagus untuk zaman mencabar ni.

    So, maintain je dan fokus kepada jaga customer sedia ada sambil explore peluang baru

  3. Down

    Kalau bisnes down, jangan down, jangan rasa diri loser. No, it’s okay. Banyak bisnes sekarang ni down. Kedai makan banyak tutup, kedai pakaian awal2 lagi dah tutup.

    Kalau tengok live kat tiktok, founder sendiri buat live. Nampaklah usaha gigih tu.

    Sebab apa? Memang timing sekarang macam tu. Dengan orang risau nak berbelanja, tak kira lagi, ramai yang kena buang kerja, seterunya menyebabkan makin ramai yg buat bisnes dan secara tak langsung bertambah pesaing untuk bisnes kita.

    So, bisnes memang tengah down sekarang ni.

    Bisnes down takpe, kita jangan down.
    Bisnes down takpe, tapi jangan tutup kedai.
    Bisnes down takpe, tapi gaji pekerja jangan culas. Kalau tak mampu, berhentikan secara elok2.
    Bisnes down takpe, tapi servis mesti tiptop.


Tahun 2022, 2023, tahun bertahan.

Dalam waktu cabaran seperti sekarang ni, cubalah sedaya upaya untuk bertahan.
Kurangkan perbelanjaan. Simpan banyak cash.

Kawan saya berniaga kat shopee, jual produk dia harga kos je, itupun slow.
Lebih dahsyat, pesaing dia jual produk setengah daripada harga dia jual. Samada pesaing tu dapat produk dengan kos yg lagi murah, atau jual je pada harga rugi.
Saya cakap kat kawan saya tu, kalau produk tu ada customer tetap, restock je daripada pesaing tu. hehe

Untuk tahun depan, saya tak pasti bagaimana keadaan ekonomi negara, tapi ramai yang menjangkan tahun depan lebih mencabar. Jika lebih mencabar, dan peluang tak banyak, maka strategi bertahan, nampaknya masih lagi relevan.


Bertahan tu apa?

Apabila kata bertahan, apa yang saya maksudkan?

  1. Cut cost. Kalau boleh import direct daripada sumber, contohnya, kawan saya ada buka cafe, dia beli direct cup kat China.
  2. Trim cost. Ada benda boleh potong terus daripada operasi bisnes, potong je. Contoh, kawan saya ada butik, dia pasang astro, kononnya, kalau pelanggan datang dengan suami dia, suami dia boleh tengok astro sementara nak menunggu. Dia potong Astro, buka youtube.

    Ada yg pasang coway kat premis, kononnya untuk pelanggan. Sekarang, dia dah stop coway, dan bagi air minuman dalam botol je kat customer. Lagipun, customer walkin dah tak ramai macam dulu.
  3. Optimum. Cuba optimumkan apa yang ada sekarang ni. Kalau sebelum ni, guna kereta untuk delivery setiap hari, mungkin boleh deal dengan pihak kurier untuk datang pickup.
    Kalau sebelum ni, setiap hari nak buat delivery, mungkin sekarang 2 hari sekali.
  4. Alternatif bagi diskaun. Bila jualan perlahan, kita cenderung untuk bagi diskaun, potongan harga. Sekali sekala ok lagi. Tapi, kalau tiap2 bulan bagi potongan harga, lambat laut bisnes kita akan terjejas.

    Selain bagi diskaun, boleh juga bagi free gift.
    Kalau buat promosi setiap bulan, mungkin setiap bulan, tukar gift yg lain.
    Tambahkan sekali cabutan bertuah untuk hadiah yg lebih lumayan

Cashflow is King

Kita biasa dengan, cash is king, rupa2nya, cash is king tu tak tepat.
Lebih tepat rupanya, cashflow is king.
Cash flow ialah, income yg lebih daripada perbelanjaan.

Kalau ada cash, tapi takde cashflow, cash kita tu lama2 boleh kering.
Tapi, kalau ada cashflow, walaupun sikit, kita boleh kumpul sikit2 sampai banyak.

Macam mana nak tambahkan cashflow? Rujuk kembali topik bertahan di atas.

Tahun 2023

Biar saya jadi yang terawal, mengucapkan selamat tahun baru kepada anda.
Moga tahun 2023 nanti, jadi tahun yg lebih baik daripada tahun ini daripada segala sudut.

Ingat, bisnes down takpe, jangan kita yang down. Semangat !

About The Author

Raja Kamil

Dulu dia ni suka main pingpong, lepas kena 'titik' dengan rakan sebaya, dia terus pencen dan tulis blog ni. Walaupun dia jarang update blog ni, tapi dia ada. Cuba cek FB dia 'Raja Kamil'.

1 Comment

  • hasnul hissyam

    Reply Reply December 7, 2022

    Pernigaan 2023 merupakan tahun yang mencabar. Kita sebagai usahawan kena lebih kreatif untuk melebar luaskan perniagaaan kita kepada platform yang lain.

    Disarankan usahawan meningkatkan ilmu dalam pemasaran online yang terbukti memberi impak yang besar kalau betul caranya.

    Saya sendiri berguru dengan sdr Irfan Khairi tentang selok belok pernigaaan internt kerana beliau pakar dalam bidang tersebut.

    Saya juga berhasrat utk belajar dgr Sdr Raja Kamil untuk belajar menjadi penulis blog yang baik.

    Terima kasih tuan kerana selalu berkongsi ilmu yang bermanfaat

Leave A Response

* Denotes Required Field