Tutorial Software Whatsapp Blaster

Sebenarnya dah banyak kali follower saya minta buat tutorial ni.
Huhu, baru sekarang berkesempatan.

Ok.

Sebelum nak buat Whatsapp Blast, kita kena ada 2 benda ni dulu.

  1. Nombor whatsapp
  2. Software untuk blast

Nombor whatsap ni, saya anggap anda dah ada lah. Cara macam mana anda dapatkan tu, saya tak nak persoalkan.

Secara peribadi, saya berpendapat, Whatsapp Blast ni, sepatutnya digunakan kepada mereka yang dah pernah whatsapp dengan kita je dulu.

Ok. Software Whatsapp Blaster?

Ada banyak kat luar sana, ada mahal, ada murah.

Saya sendiri dah dekat 2 tahun pakai SOFTWARE WHATSAPP BLASTER ni. (RM190 SEKALI SEUMUR HIDUP pada waktu pos ini ditulis)

Ok, tutorial dalam post ni, berdasarkan software yang saya cadangkan di atas lah ya.

Langkah Pertama – Scrap semua nombor whatsapp yang belum save.

Pergi dekat “Extractor”, kemudian pilih “Chats Extractor”

Kemudian klik “Start Extracting”

Masa ni, kena tunggu kejap. Tak sampai 5 minit (kalau nombor whatsapp tak sampai 1000 nombor).

Lepas siap, dia akan jadi macam ni.

Macam whatsapp saya ni, ada 538 result, bermakna saya boleh blast ke 538 nombor. Wow ….

Langkah Kedua

Ok, dalam langkah kedua ni, kita nak set, mesej apa nak hantar kat nombor tadi tu.

Klik Aset, kemudian ikut je setting macam saya kat bawah ni.

Interval Per Message : 300 Seconds
Sleep For : 10 Minutes
After : 10 Messages

Dia akan jadi flow macam ni

Hantar Wasap 1 ===(Tunggu 300 saat) ==> Ulang sampai 10 Message. Lepas tu, rehat selama 10 minit.

Kalau macam tu, lambat lah ? Mungkin ada fikir macam tu.

Memang awal2 ni, lambat. First round ni, cuba hantar ikut setting kat atas tu.

Ambil masa berhari-hari pun takpe. Kita nak train nombor kita tu.

Oh ya. Untuk Software versi 6.0 ke atas, ada fungsi “Add Uniqe ID”

Tandakan kotak tu. Ia akan bantu mesej kita jadi unik.

Dalam mesej yg kita hantar nanti, kat bahagian bawah, ada nombor pelik. Nombor tu, bantu jadikan mesej kita jadi unik.

Kenapa nak buat setting macam di atas, dan nak jadikan mesej kita unik?

Tujuannya : Untuk elak nombor kita kena ban

Biasanya 2 sebab ni lah kenapa kita kena ban
1. Hantar mesej banyak2. Sistem whatsapp tengok, lain macam pattern kita hantar mesej. So, kena ban. Sebab tu, kita cuba biasakan dulu, nombor kita tu dengan hantar mesej sikit2 je dulu.

2. Mesej yang kita hantar tu, orang Mark As Spam. So, kalau banyak mesej yg sama kena “Mark As Spam”, akaun kita kena ban. Sebab tu kalau kita guna fungsi “Add Unique ID” tu, mesej akan jadi unik.

Dah setting semua tu, tekan “Start”

Ok, itu je…. Senang kan.

Software ni, gunakan PC, kita set, lepas tu kita tinggal je. Pastikan phone dan PC kita ada internet lah.

About The Author

Raja Kamil

...